Citation
Abdullah, Norsazali
(2014)
Peranan pembiayaan institusi perbankan islam dalam membantu usahawan muslim di Lembah Klang.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini memfokuskan tentang peranan pembiayaan institusi perbankan Islam dalam membantu usahawan Muslim di Lembah Klang. Pemasalahan kajian membincangkan tentang sejauhmana pembiayaan dan peranan institusi perbankan Islam dalam membantu usahawan Muslim memajukan perniagaan mereka. Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti operasi, perkhidmatan, jenis produk pembiayaan perniagaan yang ditawarkan kepada usahawan Muslim serta pencapaian mereka setelah mendapat pembiayaan. Selain itu, mengenal pasti faktor penggalak dan penghalang dalam usahawan mendapatkan pembiayaan; mengenal pasti faktor kegagalan usahawan Muslim; mengkaji keberkesanan produk pembiayaan kepada usahawan Muslim dan juga mengkaji peranan institusi perbankan Islam dalam membantu dan memantau usahawan Muslim memajukan perniagaannya. Kajian ini menggunakan metod temu bual mendalam (in-depth interview) bagi pengumpulan data dengan menemu bual 6 orang informan dari kalangan pegawai bank yang terlibat sebagai ketua di jabatan pembiayaan perniagaan di 4 buah ibu pejabat perbankan Islam yang dikaji (BIMB, BMMB, Bank Rakyat dan SME Bank) dan juga temu bual kepada 8 orang usahawan Muslim yang telah memperolehi produk pembiayaan perniagaan dari bankbank yang dikaji. Segala data temubual ditranskripkan secara verbatimdan kemudiannya dianalisa menggunakan software Nvivo. Kajian ini mendapati bahawa promosi pembiayaan melalui media, pameran, karnival dan iklan sangat berkesan kepada usahawan. Selain itu, produk SPED dan TUB menjadi pilihan usahawan kerana ciri-ciri serta kelebihan produk tersebut. Kajian juga mendapati, pemilihan usahawan terhadap produk pembiayaan disebabkan ianya patuh Syariah, tiada cagaran, mudah dan proses yang cepat. Namun demikian, perniagaan yang tidak stabil, usahawan disenarai hitam dan sikap pegawai bank adalah antara faktor penghalang usahawan mendapatkan pembiayaan. Di akhir kajian ini, pelajar telah memberikan cadangan kepada institusi perbankan Islam, usahawan Muslim, agensi kerajaan dan Dewan Perniagaan Islam Malaysia untuk menambah baik kelemahan yang wujud dan diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada pembinaan tamadun ummah melalui bidang keusahawanan.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
Subject: |
Banks and banking - Religious aspects - Islam - Malaysia |
Subject: |
Entrepreneurship - Islam |
Subject: |
Banks and banking - Islam - Economic conditions |
Call Number: |
FEM 2014 45 |
Chairman Supervisor: |
Mohd Daud bin Awang, PhD |
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Depositing User: |
Haridan Mohd Jais
|
Date Deposited: |
26 Apr 2018 04:03 |
Last Modified: |
26 Apr 2018 04:03 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60400 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |