UPM Institutional Repository

Hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko


Citation

Bali Mohamed, Nur Jannah (2014) Hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian deskriptif dan korelasi yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko. Lapan buah sekolah menengah di daerah Hulu Langat telah dipilih secara rawak berkelompok. Seramai 184 orang pelajar Tingkatan Empat yang bermasalah disiplin dari sekolah berkenaan telah terpilih sebagai responden. Instrumen Expectations About Counseling-Brief Form oleh Tinsley, Workman dan Kass (1980) telah digunakan untuk mengukur pengharapan terhadap perkhidmatan kaunseling, Attitudes Toward Seeking Professional Psychological Help Scale oleh Fisher dan Farina (1995) digunakan mengukur sikap untuk mendapatkan bantuan perkhidmatan kaunseling dan Intentions to Seek Counseling Inventory oleh Ajzen (2006) mengukur niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Data dianalisis dengan mengunakan ujian korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara pengharapan dengan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko, r (184) = .372; p < .05, seterusnya terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, r (184) = .325; p < .05. Analisis Regresi Pelbagai pula menunjukkan bahawa pengharapan pelajar menyumbang 13.8% terhadap varian dalam niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko, R2 = .138, F (1, 182) = 29.163, p < .05. Sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling hanya menyumbang 10.6% terhadap varian, R2 = .106, F (1, 182) = 21.480, p < .05. Analisis Regresi Pelbagai menunjukkan pengharapan mengenai kaunseling, Beta = .298 memberi kesan signifikan (t = 4.219, p < .05) berbanding pembolehubah bebas sikap untuk mendapat bantuan kaunseling, Beta = .230 yang memberi kesan signifikan (t = 3.251, p < .05). Hal ini menunjukkan pengharapan mengenai kaunseling pelajar berisiko mempunyai pengaruh yang lebih kepada niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling berbanding dengan sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Pengharapan dan sikap pelajar berisiko terhadap perkhidmatan kaunseling berkait erat dengan niat mereka untuk mendapatkan bantuan kaunselor. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini memberi satu implikasi yang besar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah di Malaysia agar perkhidmatan yang ditawarkan di sekolah perlu memenuhi pengharapan pelajar berisiko dalam kalangan semua sasaran pelajar terutamanya pelajar berisiko dalam kategori masalah salahlaku disiplin. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan perlu lebih kompitens dan berkualiti serta dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan pelajar dalam melahirkan pelajar modal insan berinovatif dan berkemahiran tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2014 70IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Counseling
Subject: Psychotherapy
Call Number: FPP 2014 70
Chairman Supervisor: Maznah bt Baba, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 21 Mar 2018 02:36
Last Modified: 21 Mar 2018 02:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59717
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item