Citation
Bali Mohamed, Nur Jannah
(2014)
Hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian deskriptif dan korelasi yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko. Lapan buah sekolah
menengah di daerah Hulu Langat telah dipilih secara rawak berkelompok. Seramai 184 orang pelajar Tingkatan Empat yang bermasalah disiplin dari sekolah berkenaan telah terpilih sebagai responden. Instrumen Expectations About Counseling-Brief Form oleh Tinsley, Workman dan
Kass (1980) telah digunakan untuk mengukur pengharapan terhadap perkhidmatan kaunseling, Attitudes Toward Seeking Professional Psychological Help Scale oleh Fisher dan Farina (1995) digunakan mengukur sikap untuk mendapatkan bantuan perkhidmatan kaunseling dan Intentions to Seek Counseling Inventory oleh Ajzen (2006) mengukur niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Data dianalisis dengan mengunakan ujian korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara pengharapan dengan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling
dalam kalangan pelajar berisiko, r (184) = .372; p < .05, seterusnya terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, r (184) = .325; p < .05. Analisis Regresi Pelbagai pula
menunjukkan bahawa pengharapan pelajar menyumbang 13.8% terhadap varian dalam niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko, R2 = .138, F (1, 182) = 29.163, p < .05. Sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling hanya menyumbang 10.6%
terhadap varian, R2 = .106, F (1, 182) = 21.480, p < .05. Analisis Regresi Pelbagai menunjukkan pengharapan mengenai kaunseling, Beta = .298 memberi kesan signifikan (t = 4.219, p < .05) berbanding pembolehubah
bebas sikap untuk mendapat bantuan kaunseling, Beta = .230 yang memberi kesan signifikan (t = 3.251, p < .05). Hal ini menunjukkan pengharapan mengenai kaunseling pelajar berisiko mempunyai pengaruh yang lebih kepada niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling berbanding dengan sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
Pengharapan dan sikap pelajar berisiko terhadap perkhidmatan kaunseling berkait erat dengan niat mereka untuk mendapatkan bantuan kaunselor. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini memberi satu
implikasi yang besar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah di Malaysia agar perkhidmatan yang ditawarkan di sekolah perlu memenuhi pengharapan pelajar berisiko dalam kalangan semua sasaran pelajar terutamanya pelajar berisiko dalam kategori masalah salahlaku
disiplin. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan perlu lebih kompitens dan berkualiti serta dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan pelajar dalam melahirkan pelajar modal insan berinovatif dan
berkemahiran tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |