Simple Search:

Adaptasi Pembelajaran Bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi Swasta


Citation

Abdullah, Nur Hayati Christina (2005) Adaptasi Pembelajaran Bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini merupakan suatu penilaian terhadap pembelajaran bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi swasta berdasarkan Model Penilaian CIPP yang diperkenalkan oleh Stufflebeam. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisis persepsi pelajar tentang pembelajaran bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi swasta, khususnya dari segi objektif, isi kandungan, bahan pengajaran, tenaga pengajar, kaedah pengajaran, dan kaedah penilaian. Kajian dijalankan di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Melaka, iaitu Kolej Yayasan Melaka(KYM). Sampel kajian terdiri daripada 250 pelajar KYM yang telah mengikuti kursus bahasa Melayu pada semester Jun 2002/2003. Data dikumpul melalui borang soal selidik dan dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif seperti kekerapan, peratus, min, dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa hanya dua kursus bahasa Melayu ditawarkan di KYM, iaitu Bahasa Melayu Pengurusan dan Bahasa Kebangsaan. Secara amnya, dapatan menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif tentang pembelajaran bahasa Melayu di KYM. Kedua-dua kursus bahasa Melayu yang dinilai menunjukkan kekuatan dari keempat-empat dimensi yang dikaji. Walau bagaimanapun, hasil kajian turut menemukan beberapa kelemahan, iaitu dari dimensi input dan proses. Dari dimensi input, terdapat beberapa topik yang mendapat persetujuan yang rendah, dan pelajar didapati masih bergantung kepada pensyarah untuk mendapat bahan pembelajaran. Dari dimensi proses pula, hasil kajian mendapati bahawa kaedah pengajaran kuliah dalam kumpulan besar tidak digemari oleh pelajar. Kepincangan turut ditemui dari segi keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dan keupayaan tenaga pengajar menimbulkan minat terhadap kursus bahasa. Walaupun kursus bahasa Melayu di KYM menunjukkan beberapa kelemahan, kursus terlibat tidak perlu dimansuhkan kerana pada keseluruhannya, kekuatan kursus melebihi kelemahan. Tegasnya, pelaksanaan kursus bahasa Melayu perlu diteruskan tetapi dengan beberapa pengubahsuaian untuk meningkatkan mutu pembelajaran bahasa Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2005_2(1-24).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Malay language - Study and teaching (Graduate)
Call Number: FBMK 2005 2
Chairman Supervisor: Professor Madya Noor Aina Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 05 May 2010 16:36
Last Modified: 27 May 2013 15:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5852
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item