UPM Institutional Repository

Persepsi komuniti Iban terhadap pegawai program dan hubungannya dengan penglibatan dalam program pembasmian kemiskinan


Citation

Kwok, Chin Hoe and Abd Wahab, Haris and Abu Samah, Asnarulkhadi and Redzuan, Ma'rof and Ani, Fauziah (2016) Persepsi komuniti Iban terhadap pegawai program dan hubungannya dengan penglibatan dalam program pembasmian kemiskinan. Malaysian Journal of Community and Development, 1 (1). pp. 1-8. ISSN 2504-8562

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi komuniti Iban terhadap pegawai program yang mengurus dan mentadbir program di Bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan hubung kaitnya dengan penglibatan komuniti dalam program di bawah skim tersebut. Artikel ini menghujahkan bahawa persepsi positif dalam kalangan komuniti terhadap pegawai program adalah elemen yang akan membawa kepada tahap penglibatan komuniti yang tinggi dalam program pembasmian kemiskinan. Tingkat penglibatan yang tinggi ini pula seterusnya menyumbang kepada pencapaian matlamat program pembasmian kemiskinan yang disasarkan. Kajian yang berbentuk kuantitatif ini melibatkan seramai 260 orang responden yang terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR) komuniti Iban di rumah panjang,Daerah Song, Sarawak. Responden kajian telah ditemu bual menggunakan borang soal selidik bagi memperoleh data berkaitan dengan persepsi mereka terhadap pegawai program SPKR. Secara keseluruhannya, penemuan ini menunjukkan majority (82.7%) daripada komuniti Iban mempunyai tahap persepsi yang sederhana terhadap pegawai program di bawah SPKR. Analisis ujian statistik Khi Kuasa Dua menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan (p≤0.05) antara tahap persepsi komuniti Iban terhadap pegawai program SPKR dengan tahap penglibatan mereka dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan dan penilaian program di bawah skim berkenaan.


Download File

[img] Text
Persepsi komuniti Iban terhadap pegawai program dan hubungannya dengan penglibatan dalam program pembasmian kemiskinan.pdf

Download (100kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.47405/mjssh.v1i1.4
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Perception; Poor households; Poverty eradication; Participation; Community participation; Iban community
Depositing User: Ms. Ainur Aqidah Hamzah
Date Deposited: 18 Mar 2022 06:59
Last Modified: 18 Mar 2022 06:59
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47405/mjssh.v1i1.4
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53544
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item