UPM Institutional Repository

Strategi kognitif dan afektif dalam meningkatkan penguasaan pemahaman bacaan dan literasi emosi murid


Citation

Mohd Yussof, Yusfarina and Jamian, Abdul Rasid and Zainon Hamzah, Zaitul Azma and Roslan, Samsilah (2015) Strategi kognitif dan afektif dalam meningkatkan penguasaan pemahaman bacaan dan literasi emosi murid. Pertanika MAHAWANGSA, 2 (1). pp. 29-46. ISSN 2289-7259

Abstract

Perspektif psikolinguistik kognitif melihat proses pemahaman bacaan sebagai penggunaan minda secara aktif dalam mencungkil makna teks dengan dibantu oleh elemen kognitif (skemata, metakognitif dan welstanshuung); afektif (motivasi, sikap dan emosi) linguistik serta sosiobudaya (nilai, agama, kepercayaan dan motif). Sehubungan dengan itu, input kognitif dan afektif digabungkan dalam satu strategi pemahaman bacaan dengan tujuan membantu penguasaan pemahaman bacaan dan literasi emosi murid. Kajian berpaksikan reka bentuk eksperimental-kuasi ini melibatkan 90 orang murid, iaitu 45 orang dalam kumpulan eksperimen, yang menerima intervensi strategi kognitif-afektif, manakala 45 orang lagi dalam kumpulan kawalan diterapkan dengan kaedah konvensional. Tahap pencapaian diukur melalui Ujian Pemahaman Bacaan (UPB) yang digubal berasaskan Taksonomi Barret dan Ujian Penilaian Literasi Emosi (UPLE) yang diterjemah daripada “EQ MAP Questionaire” (1997). Analisis MANOVA digunakan untuk menganalisis perbezaan antara kumpulan kawalan dengan eksperimen bagi gabungan linear pemboleh ubah bersandar (UPB dan UPLE). Keputusan analisis MANOVA ketika Ujian Pra memperoleh nilai p=0.608, menunjukkan tiada perbezaan signifikan bagi UPB dan UPLE semasa Ujian Pra. Analisis ketika Ujian Pasca pula mendapati nilai nilai p=0.002 dan Jadual Analisis Antara Pemboleh Ubah turut membuktikan yang kedua-dua pemboleh ubah telah mencapai aras signifikan, UPB (p=0.027, nilai eta=0.054, kesan kecil), manakala UPLE (p=0.003, nilai eta=0.094, kesan sederhana). Berdasarkan nilai eta, UPB menerima kesan kecil daripada intervensi, manakala, UPLE menerima kesan sederhana. Rumusannya, intervensi ini dapat meningkatkan penguasaan pemahaman bacaan dan literasi emosi bagi murid tingkatan 2 yang dikaji.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Strategi kognitif dan afektif dalam meningkatkan penguasaan pemahaman bacaan dan literasi emosi murid.pdf

Download (50kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://www.fbmk.upm.edu.my/sp/page/2864/jbbwm-bm

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Emotional literacy; Reading comprehension; Cognitive-affective strategy; Barrett's taxonomy
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 28 Feb 2017 07:28
Last Modified: 28 Feb 2017 07:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50405
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item