Citation
Jusoh, Rozita
(2003)
Analisis penawaran tenaga buruh mahir dan separuh mahir oleh institut latihan perindustrian (ILP) dalam sektor perindustrian.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Isu kekurangan tenaga buruh mahir dan separuh mahir terutama dalam sektor perindustrian merupakan masalah yang masih dihadapi oleh Malaysia. Institut latihan kemahiran awam dan swasta memainkan peranan penting dalam memenuhi pennintaan tenaga buruh mahir dan separuh mahir dalam sektor perindustrian negara. Institut latihan awam merupakan pembekal utama tenaga buruh mahir dan separuh mahir. Institut Latihan Perindustrian (!LP) adalah salah satu daripada institut latihan kemahiran awam yang terdapat di Malaysia. Sejajar dengan matlamat utama penubuhan ILP bagi melahirkan tenaga buruh mahir untuk memenuhi sektor perindustrian, maka satu kajian dibuat untuk melibat sejauh mana peranan yang dimainkan untuk memenuhi kepeduan
tenaga buruh mahir dan separuh mahir sektor perindustrian. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kursus-kursus yang dijalankan, jumlah .pengambilan dan
pengeluaran pelatih dapat memenuhi keperluan sektor perindustrian negara yang kekurangan tenaga buruh jenis W. Hasil kajian mendapati bahawa ILP masih belum dapat memenuhi keperluan tenaga buruh mahir dan separuh mahir sebagaimana yang diperlukan oleh sektor perindustrian negara. Jadi, penulis telah mencadangkan beberapa
dasar bagi mengatasi masalah tersebut.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |