UPM Institutional Repository

Penentu kejayaan kerjaya dan peranan pengantara perilaku proaktif dan efikasi kendiri ahli akademik Universiti Penyelidik di Malaysia


Citation

Abu Said, Al-Mansor (2013) Penentu kejayaan kerjaya dan peranan pengantara perilaku proaktif dan efikasi kendiri ahli akademik Universiti Penyelidik di Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini meninjau faktor yang mempengaruhi kejayaan kerjaya ahli akademik universiti penyelidikan di Malaysia. Berdasarkan Model Lanjutan SCCT, Model Perilaku Proaktif dan Model Bersepadu Kejayaan Kerjaya, kajian ini meramalkan bahawa faktor individu modal insan (pengalaman), keagamaan, personaliti individu,sokongan organisasi, kesesuaian individu-persekitaran dan modal sosial terhadap kejayaan kerjaya ekstrinsik dan intrinsik. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji peranan pengantara efikasi kendiri dan perilaku proaktif terhadap hubungan antara angkubah bebas terpilih (personaliti dan tanggapan sokongan organisasi) dan kejayaan kerjaya. Kajian keratan rentas ini melibatkan sejumlah 305 orang ahli akademik daripada pelbagai jawatan dengan mengaplikasikan teknik persampelan rawak berstrata berkadar. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah ‘tinggal dan kumpul’ dan tinjauan atas talian (www.kwiksurvey.com). Analisis Permodelan Persamaan Berstruktur (SEM) menunjukkan pengaruh modal insan (pengalaman), personaliti ekstrovert dan personaliti ketelitian mempunyai pengaruh positif terhadap kejayaan kerjaya ekstrinsik. Manakala terdapat tiga angkubah bebas iaitu personaliti ekstrovert, sokongan organisasi dan kesesuaian individu-pekerjaan mempunyai pengaruh positif terhadap kejayaan kerjaya intrinsik. Hasil kajian mendapati hanya terdapat kesan pengantaraan efikasi kendiri terhadap hubungan antara personaliti ketelitian dan kejayaan kerjaya intrinsik. Manakala terdapat kesan pengantaraan perilaku proaktif ke atas (i) hubungan antara personaliti ekstrovert dan kejayaan kerjaya ekstrinsik; (ii) hubungan antara personaliti ketelitian dan kejayaan kerjaya ekstrinsik; dan (iii) hubungan tanggapan sokongan organisasi dan kejayaan kerjaya intrinsik. Kajian ini merumuskan bahawa kejayaan kerjaya ekstrinsik ahli akademik bergantung pada faktor modal insan (pengalaman), personaliti (ekstrovert dan ketelitian). Manakala kejayaan kerjaya intrinsik ahli akademik pula bergantung kepada faktor personaliti ekstrovert, sokongan organisasi dan kesesuaian individu pekerjaan. Ahli akademik yang mempunyai personaliti ketelitian akan meningkatkan efikasi kendiri dan seterusnya kejayaan kerjaya intrinsik. Manakala ahli akademik yang mempunyai kedua-dua jenis personaliti (ekstrovert dan ketelitian) dan mendapat sokongan organisasi akan berperilaku proaktif dan seterusnya dapat meningkatkan kejayaan kerjaya ekstrinsik. Kajian ini telah menyediakan rangka kerja untuk menjelaskan kejayaan kerjaya ahli akademik di Universiti Penyelidikan di Malaysia. Hasil kajian ini telah memberi sumbangan terhadap teori dan praktis dalam pembangunan sumber manusia. Ia juga akan membantu penyelidik dan pengamal pembangunan sumber manusia dalam memahami isu-isu dan strategi pembangunan kerjaya terhadap organisasi dan perkembangan kerjaya ahli akademik di institusi pengajian tinggi.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 49R.pdf

Download (990kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Self-efficacy
Subject: Universities and colleges - Malaysia - Case studies
Subject: Career development - Malaysia
Call Number: FPP 2013 49
Chairman Supervisor: Roziah Mohd Rasdi, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 18 Oct 2016 02:05
Last Modified: 18 Oct 2016 02:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48735
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item