UPM Institutional Repository

Tekanan dan kepuasan kerja di kalangan doktor-doktor perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia


Citation

Zaihan Pi'i, Nurzima (2007) Tekanan dan kepuasan kerja di kalangan doktor-doktor perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sejak awal 1980an, penyelidikan berkenaan tekanan dan kepuasan kerja dalam kalangan doktor-doktor perubatan telah bermula dari Barat dan semakin berkembang semenjak tahun 1987 sehingga kini. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan adanya korelasi di antara tekanan dengan kepuasan kerja. Walau bagaimanapun,hanya sedikit sahaja kajian terhadap tekanan dan kepuasan kerja di kalangan doktordoktor perubatan di Malaysia. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti korelasi di antara tekanan dengan kepuasan kerja di kalangan doktordoktor perubatan di HUKM, Malaysia. Selain dari itu, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka perbezaan dalam tekanan dan kepuasan kerja di kalangan doktor-doktor perubatan mengikut jantina. Pembolehubah-pembolehubah dalam tekanan mengandungi hubungan interpersonal,tuntutan fizikal kerja/keadaan persekitaran kerja serta minat kerja dan penglibatan manakala kepuasan kerja merangkumi pekerjaan, gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja. Sampel-sampel rawak berlapis daripada 113 orang doktor-doktor perubatan dari 10 Jabatan di Fakulti Perubatan, HUKM dan HUKM telah diambil. Lima hipotesis telah dikemukakan dan data dianalisis dilakukan dengan program SPSS 14.0 menggunakan Korelasi Pearson Product-Moment, Ujian-t dan Analisis Regresi Pelbagai. Terdapat korelasi negatif yang signifikan di antara tekanan dengan kepuasan kerja di kalangan doktor-doktor perubatan (r=-.772, p< .01). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan tekanan dan kepuasan kerja di kalangan doktordoktor perubatan di HUKM [t (111)=-.768, p> .005]; [t (111) = -.206, p> .05]. Dapatan kajian juga mendapati hubungan interpersonal dan minat kerja dan penglibatan boleh dianggap sebagai peramal kepada kepuasan kerja. Hasil kajian juga mendapati bahawa pekerjaan, penyeliaan dan rakan sekerja mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap tekanan. Sebagai kesimpulannya, penemuan ini menunjukkan bahawa tekanan mempunyai kesan signifikan terhadap kepuasan kerja di kalangan para doktor perubatan di HUKM. Justeru itu, kajian ini menitikberatkan bahawa tekanan sebagai penanda aras yang penting di dalam meramalkan kepuasan kerja di kalangan doktor-doktor perubatan. Berdasarkan kepada penemuan kajian ini, keperluan di dalam memperuntukkan kemahiran-kemahiran di dalam pengurusan tekanan adalah dicadangkan bagi menambahbaikkan kualiti kehidupan kerja doctor-doktor perubatan secara umumnya.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2007 32R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Job stress
Subject: Job satisfaction - Malaysia
Call Number: FPP 2007 32
Chairman Supervisor: Profesor Madya Sidek Mohd. Noah, Ph
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 17 Oct 2016 02:55
Last Modified: 17 Oct 2016 02:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48712
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item