UPM Institutional Repository

Sikap dan amalan belia bandar terhadap Rukun Negara di Selangor, Malaysia


Citation

Radzlan, Rohaizahtulamni (2013) Sikap dan amalan belia bandar terhadap Rukun Negara di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sikap merupakan penilaian atau pandangan seseorang terhadap dunia sosial yang dipengaruhi oleh pemikirannya terhadap objek yang dilihat. Berdasarkan kepada pandangan multidimensi sikap terdiri daripada tiga komponen, iaitu kognitif, afektif dan psikomotor (model ABC tripartite). Setiap komponen sikap ini bersifat saling berhubung dan boleh digunakan untuk meramal tingkah laku individu dalam keadaan berencana. Penilaian belia terhadap Rukun Negara mempengaruhi pembentukan sikap dan amalan belia dalam persekitaran sosial. Oleh demikian, sikap dan tingkah laku kurang bermoral serta kurang penghayatan terhadap Rukun Negara akan memberi impak kepada keruntuhan nilai moral. Kerencaman corak budaya yang beraneka ragam juga telah memudahkan belia terpengaruh dengan pelbagai maklumat yang bertentangan dengan budaya masyarakat lokal. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti sikap dan amalan belia terhadap Rukun Negara di Selangor dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah kajian tinjauan digunakan melalui pensampelan mudah (convenience sampling) dalam pengumpulan data dengan mengedarkan borang soal selidik yang ditadbir sendiri setelah dapatan kebolehpercayaan bagi ujian rintis adalah tinggi (α =0.873, α =0.722, α =0.894, α =0.864). Seramai 400 responden dijadikan sampel daripada belia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun dengan jumlah saiz sampel berdasarkan jadual Krejcie & Morgan 1970. Hasil kajian mendapati kesemua komponen sikap menyumbang kepada tahap pengamalan terhadap Rukun Negara. Faktor yang paling menyumbang kepada tahap pengamalan belia terhadap Rukun Negara adalah komponen psikomotor. Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini turut memberi gambaran tentang hubungan komponen sikap dan pengamalan belia bandar di Selangor terhadap Rukun Negara. Komponen psikomotor merupakan faktor yang dominan dalam mempengaruhi pengamalan belia terhadap Rukun Negara. Ini menjelaskan bahawa dengan adanya kecenderungan untuk bertingkah laku terhadap sesuatu objek sikap, seseorang individu akan bertindak berlandaskan pengetahuan dan penghayatannya. Oleh itu,sikap yang lebih khusus mampu meramal tingkah laku dengan lebih tepat berbanding dengan sikap yang lebih umum.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2013 25R.pdf

Download (786kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Rukun Negara
Subject: Civics, Malaysian
Subject: National characteristics, Malaysian
Call Number: FEM 2013 25
Chairman Supervisor: Sarjit Singh A/L Darshan Singh, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 14 Oct 2016 09:38
Last Modified: 14 Oct 2016 09:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48706
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item