UPM Institutional Repository

Faktor mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna internet untuk menggunakan e-dagang


Citation

Mohd Rawi, Ahmad Syahrul Haniff (2012) Faktor mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna internet untuk menggunakan e-dagang. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Terdapat empat objektif khusus untuk kajian ini iaitu untuk mengenal pasti (1) pola penggunaan e-dagang dalam kalangan pengguna Internet, (2) enam faktor (kebergunaan, kemudahgunaan, pengaruh sosial, kepercayaan, kos, dan keselamatan) dalam mempertingkatkan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang, (3) hubungan antara enam faktor (kebergunaan, kemudahgunaan, pengaruh sosial, kepercayaan, kos, dan keselamatan) dengan peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang, (4) faktor peramal utama yang paling mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Kajian tinjauan deskriptif dan inferensi secara kuantitatif ini menggunakan instrumen borang soal selidik yang diadaptasi dari beberapa hasil kajian lalu dan dilaksanakan di daerah Sepang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Penyelidik telah mengaplikasikan teknik persempelan bertujuan dalam proses pengumpulan data dengan berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Berdasarkan kaedah ini,seramai 414 orang responden telah diperoleh melebihi had sampel yang ditetapkan iaitu 398 orang. Hasil kajian deskriptif iaitu pengukuran kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai terhadap pola penggunaan e-dagang dan faktor penggunaan edagang. Hasil kajian didapati bahawa responden yang menggunakan e-dagang bersependapat yang faktor kebergunaan merupakan faktor utama yang menyebabkan mereka berkeinginan untuk menggunakan e-dagang. Ujian korelasi Pearson didapati bahawa kesemua faktor tersebut memiliki hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana kuat. Faktor tersebut dilihat antara faktor penyumbang ke arah meningkatkan lagi keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Hasil ujian regresi pelbagai (multiple regression) pula didapati bahawa hampir semua faktor merupakan antara faktor peramal utama dalam mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang kecuali faktor kepercayaan. Faktor kepercayaan didapati tidak menyumbang kepada perubahan dalam pemboleh ubah kriterion. Pemboleh ubah peramal kebergunaan merupakan penyumbang utama dalam kajian ini terhadap peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Pengkaji mencadangkan penyelidik yang lain agar diperluaskan lagi kajian dengan menumpukan kepada faktor yang lain dalam mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Selain itu, dicadangkan juga agar kerangka konsep kajian ini ditambah dengan elemen gelagat iaitu pemboleh ubah “penggunaan yang sebenar” (actual usage) sesebuah teknologi baharu yang diadaptasi dari model TAM sebenar agar keputusan yang bakal diperoleh akan lebih baik dan menyeluruh. Menerusi pemboleh ubah tersebut, adalah diharapkan agar keputusan hasil kajian yang dijalankan akan menampakkan keputusan yang lebih jitu serta berhasil pada masa hadapan kelak.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2012 34R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Electronic Commerce
Subject: Internet - Economic aspects
Subject: Internet users - Malaysia
Call Number: FBMK 2012 34
Chairman Supervisor: Prof. Madya Siti Zobidah Omar, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 14 Oct 2016 03:57
Last Modified: 14 Oct 2016 03:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48677
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item