UPM Institutional Repository

Peristiwa komunikasi dan gaya perbualan dalam kalangan kanak-kanak berusia 9 tahun di SK Ayer Hitam, Johor, Malaysia.


Citation

Isnain, Siti Muslihah (2013) Peristiwa komunikasi dan gaya perbualan dalam kalangan kanak-kanak berusia 9 tahun di SK Ayer Hitam, Johor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menganalisis peristiwa komunikasi dan gaya perbualan yang tercipta dalam perbualan kanak-kanak. Berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak, pengkaji akan menganalisis peristiwa komunikasi yang tercetus semasa mereka berbual. Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peristiwa komunikasi dan gaya perbualan yang wujud dalam perbualan kanak-kanak dengan mengaplikasikan Teori Etnografi Komunikasi. Teori ini diterapkan bagi menghurai komponen komunikasi yang terdapat dalam perbualan mereka berdasarkan „SPEAKING‟ grid yang diperkenalkan oleh Hymes (1974). Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati bahawa berlakunya peristiwa komunikasi dalam perbualan kanak-kanak. Kesemua peristiwa komunikasi yang tercipta dihurai setiap satunya berdasarkan „SPEAKING‟ grid yang melibatkan latar, peserta, tujuan atau matlamat, urutan lakuan, ragam, alat atau saluran komunikasi, norma-norma interaksi dan genre. Kajian ini juga akan menghurai gaya perbualan yang tercipta dalam perbualan kanak-kanak berdasarkan kerangka perbualan yang diperkenalkan oleh Rehling (2004).


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2013 59R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Conversation analysis - Malaysia
Subject: Children - language - Malaysia
Call Number: FBMK 2013 59
Chairman Supervisor: Normaliza Abd Rahim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 15 Sep 2016 07:22
Last Modified: 15 Sep 2016 07:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48457
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item