UPM Institutional Repository

Pascakolonialisme dalam novel Faisal Tehrani


Citation

Ros, Shaidathul Suhana (2013) Pascakolonialisme dalam novel Faisal Tehrani. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini berdasarkan analisis, perbincangan dan penilaian pemikiran pascakolonialisme dalam novel Faisal Tehrani iaitu ‘1515’, ‘Tunggu Teduh Dulu’, dan ‘Bedar Sukma Bisu’. Objektif kajian ini ialah untuk: i) mengenal pasti dan mengkategorikan pemikiran dalam novel Faisal Tehrani, ii) menghuraikan pemikiran pascakolonialisme dan teknik penggarapannya dalam novel karya Faisal Tehrani, dan iii) menganalisis pemikiran pascakolonialisme dalam novel-novel karya Faisal Tehrani. Kajian dijalankan melalui kaedah penyelidikan kepustakaan untuk mendapat bahan, maklumat, keterangan dan penyataan. Tinjauan terhadap kajian mengenai pascakolonialisme yang pernah dilakukan bertujuan untuk menganalisis aspek pendekatan yang sering digunakan dalam kajian yang berkaitan. Hasil kajian mendapati novel Faisal Tehrani cenderung ke arah memperkatakan pemikiran pascakolonialisme, iaitu pemikiran-pemikiran yang berjati diri dalam karya kesusasteraan khususnya dalam konteks masyarakat dan bangsa yang sudah bebas dari belenggu penjajahan. Hasil kajian juga mendapati pemikiran pascakolonialisme dapat memperlihatkan jiwa dan keperibadian novelis. Penemuan ini dapat mencerminkan kemantapan serta kematangan novelis tersebut. Keseluruhannya, novelis berjaya mengekspoitasi sepenuhnya pemikiran pascakolonialisme untuk membantu proses pembinaan jati diri bangsa yang lebih besar, dan menjana keperkasaan bidang kesusasteraan serta pemikiran bangsa Malaysia yang lebih kukuh.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2013 58R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay fiction
Subject: Postcolonialism - History
Call Number: FBMK 2013 58
Chairman Supervisor: Prof. Madya Lim Swee Tin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 15 Sep 2016 04:44
Last Modified: 15 Sep 2016 04:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48456
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item