UPM Institutional Repository

Pemerkasaan bahasa dalam kalangan kanak-kanak disleksia


Citation

Wan Mohammad, Wan Muna Ruzanna (2013) Pemerkasaan bahasa dalam kalangan kanak-kanak disleksia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Fokus utama penyelidikan ini adalah untuk mengklasifikasikan kesalahan ejaan, menganalisis bentuk kecelaruan huruf, mengorganisasikan strategi penguasaan huruf, serta membina diagnostik disleksia. Lapan orang kanak-kanak disleksia yang mengikuti Program Rintis Disleksia di seluruh Terengganu telah dijadikan sebagai responden kajian. Penyelidikan ini berlandaskan kepada Teori Levinson (1994) dan Teori Perkembangan Kognitif (Piaget, 1960) dalam menganalisis kesalahan ejaan dan kecelaruan huruf yang dilakukan oleh responden kajian. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam penyelidikan ini bagi menganalisis hasil dapatan yang diperoleh. Dapatan menunjukkan terdapat enam mekanisme kesalahan yang dilakukan oleh responden kajian, iaitu kesalahan dari aspek pengguguran (34 peratus), agakan/suka-suka (38.8 peratus), penggantian (21.7 peratus), penyisipan (13.2 peratus), pembalikan (1.9 peratus), pemindahan (0.5 peratus), dan pemeluwapan (0.0 peratus). Hasil daripada penganalisisan tersebut, pembinaan Diagnostik Disleksia-1 (DD-1) dan Diagnostik Disleksia-2 (DD-2) dihasilkan bagi melihat sejauh mana keberkesanan alat kajian yang dibina itu mencapai objektif penyelidikan ini.. Kesignifikan setiap soalan yang dibina terbukti sangat memuaskan dengan keputusan analisis menggunakan Cronbach’s Alpha (0.65< Cronbach’s Alpha<0.95: sangat memuaskan), menunjukkan Masalah Satu (0.843), Masalah Dua (0.876), Masalah Tiga (0.858), Masalah Empat (0.909), Masalah Lima (0.949), dan Masalah Enam (0.914). Rentetan daripada itu, penyelidik telah mengorganisasikan strategi multisensori bagi membantu responden kajian menangani permasalahan yang menjadi kebiasaan mereka. Strategi multisensori memberi penekanan kepada kaedah VAKT (visual, autidoti, kinestatik, tektail) yang menjadi bahan utama penghasilan modul tersebut. Hasil dapatan menunjukkan gabungan antara keempat-empat kaedah ini telah merangsang responden kajian untuk lebih terfokus dan memberi tumpuan semasa proses pembelajaran berlangsung dan memberi kelainan dalam membina memori jangka pendek dan jangka panjang subjek kajian. Dengan terhasilnya DD-1 dan strategi multisensori, penyelidik berharap kepelbagaian terapi dalam menangani pelbagai masalah pembelajaran khasnya kanak-kanak disleksia dapat ditangani dengan lebih berkesan. Sebagai pendidik, kita perlu menjana idea yang kreatif dan berinovasi dalam menaiktarafkan corak pembelajaran kanak-kanak disleksia.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2013 43R.pdf

Download (943kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Dyslexia
Subject: Dyslexic children - Education
Call Number: FBMK 2013 43
Chairman Supervisor: Prof. Madya Vijayaletchumy Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 14 Sep 2016 08:43
Last Modified: 14 Sep 2016 08:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48419
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item