UPM Institutional Repository

Kompetensi mengurus kerjaya dalam kalangan pesara tentera berpangkat rendah


Citation

Zakaria, Normah (2013) Kompetensi mengurus kerjaya dalam kalangan pesara tentera berpangkat rendah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti latar belakang latihan kemahiran dan kerjaya,pengarahan kendiri, kebolehsesuaian diri dalam kalangan pesara tentera dan pengaruhnya terhadap kompetensi mengurus kerjaya. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif berbentuk tinjauan yang melibatkan 380 pesara tentera di Semenanjung Malaysia. Responden dipilih menggunakan persampelan rawak mudah. Pesara tentera yang dipilih terdiri daripada anggota tentera yang berpangkat rendah. Statistik deskriptif dan inferensi (min, sisihan piawai, frekuensi, peratusan, median, sisihan kuartil, analisis ujian-t, analisis varians sehala ANOVA, analisis korelasi Pearson,analisis diskriminan dan analysis regresi pelbagai) digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pesara tentera telah memilih mengikuti latihan kemahiran vokasional di Perhebat dalam bidang latihan kemahiran bukan kejuruteraan iaitu sajian dan makanan. Bidang pekerjaan yang paling diceburi ialah bidang keusahawanan. Kebanyakan pesara tentera memiliki pengarahan kendiri. Manakala tahap kebolehsesuaian diri dan tahap kompetensi mengurus kerjaya dalam kalangan pesara tentera pula berada pada tahap sederhana. Perbezaan yang signifikan wujud dalam kompetensi mengurus kerjaya berdasarkan pusat latihan kemahiran vokasional, jenis latihan kemahiran vokasional, jenis pekerjaan dan status pekerjaan. Terdapat hubungan positif yang kuat antara kompetensi mengurus kerjaya dengan pengarahan kendiri dan kebolehsesuaian diri. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan indikator kompetensi mencari maklumbalas adalah merupakan indikator kompetensi yang paling dominan dalam mengklasifikasikan antara pesara tentera bekerja dan tidak bekerja. Empat pemboleh ubah bebas iaitu pusat latihan kemahiran vokasional, bidang latihan kemahiran,pengarahan kendiri dan kebolehsesuaian diri dikenalpasti sebagai peramal kepada kompetensi mengurus kerjaya. Cadangan dapatan kajian dan cadangan kajian lanjutan dikemukakan bagi meningkatkan kompetensi mengurus kerjaya seterusnya perkembangan kerjaya selepas bersara. Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada pesara tentera tentang kepentingan kompetensi mengurus kerjaya. Kajian ini juga memperlihatkan betapa pentingnya elemen latihan kemahiran dan kerjaya, pengarahan kendiri dan kebolehsesuaian diri boleh meningkatkan kompetensi diri dalam menguruskan kerjaya.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 33R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Career development - Malaysia
Subject: Retired military personnel - Malaysia
Subject: Retired military personnel - Life skills guides
Call Number: FPP 2013 33
Chairman Supervisor: Dr. Abdullah bin Mat Rashid. PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 01 Feb 2016 03:28
Last Modified: 01 Feb 2016 03:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/40004
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item