Citation
Tan, Rohana
(2013)
Faktor yang mempengaruhi penghayatan akhlak Islam dalam kalangan belia di sebuah institusi pengajian tinggi awam Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pendidikan masyarakat sangat penting dalam sesebuah negara khususnya dalam membangunkan belia. Kajian ini bertujuan menentukan faktor pendidikan keagamaan oleh ibu bapa, pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya dalam
mempengaruhi penghayatan akhlak Islam dalam kalangan belia di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Fokus kajian ini turut menentukan tahap pendidikan keagamaan oleh ibu bapa, tahap pertautan ibu bapa, tahap pertautan rakan sebaya dan
tahap penghayatan akhlak Islam. Seterusnya kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pendidikan keagamaan oleh ibu bapa, pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya dengan penghayatan akhlak Islam. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 403 orang belia yang beragama Islam di sebuah
universiti awam. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak berstarta. Analisis data dilakukan secara deskriptif (min, frekuensi dan peratusan) dan inferensi (Korelasi Pearson dan analisis Regresi Berganda). Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pendidikan keagamaan oleh ibu bapa, pertautan ibu bapa, pertautan rakan sebaya dan penghayatan akhlak Islam berada pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pendidikan keagamaan oleh ibu bapa, pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya dengan penghayatan akhlak Islam. Di samping itu, dapatan kajian ini telah menunjukkan sumbangan pendidikan keagamaan oleh ibu bapa adalah paling tinggi diikuti oleh pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya terhadap penghayatan akhlak Islam. Secara keseluruhannya,
dapatan kajian ini dapat menjelaskan bahawa pendidikan keagamaan oleh ibu bapa,pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi penghayatan akhlak Islam dalam kalangan belia yang dikaji.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Youth - Religious life - Islam - Malaysia |
Subject: |
Islamic religious education - Malaysia |
Subject: |
Parenting - Religious aspects - Islam |
Call Number: |
FPP 2013 26 |
Chairman Supervisor: |
Prof. Madya Norhasni Zainal Abiddin, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Haridan Mohd Jais
|
Date Deposited: |
29 Jan 2016 07:47 |
Last Modified: |
29 Jan 2016 07:47 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39992 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |