Simple Search:

Pengaruh faktor psikososial terhadap tingkah laku hedonisme dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia


Citation

Hamzah, Siti Raba'ah (2013) Pengaruh faktor psikososial terhadap tingkah laku hedonisme dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan moderator keakraban dengan ibu bapa dan keakraban dengan rakan ke atas hubungan di antara religiositi dan pandangan sarwa terhadap pembentukan tingkah laku hedonistik. Kajian ini berasaskan teori ekologi manusia oleh Bronfenbrenner dan model keakraban ibu bapa dan rakan oleh Armsden dan Greenberg. Kajian ex-post facto ini melibatkan 408 pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia yang dipilih melalui persampelan rawak berlapis. Data telah dikumpul daripada borang soal selidik tadbir sendiri. Borang soal selidik diadaptasi daripada Krauss Fazilah, dan Azimi (2007), Deckard (2003) dan Kearney (1974), Armsden dan Greenberg (1987), dan Zimbardo (1999) serta Schwartz (1994). Alat ujian ini digunakan untuk mengukur tahap religiositi, pandangan sarwa, keakraban dengan ibu bapa dan keakraban dengan rakan terhadap tingkah laku hedonistik.Data dianalisis menggunakan SPSS dan Model Persamaan Berstruktur (SEM). Penemuan kajian menunjukkan tahap religiositi, tahap pandangan sarwa dan tahap keakraban ibu bapa pada tahap yang tinggi, manakala tahap keakraban dengan rakan dan tahap hedonistik berada pada tahap yang sederhana. Keputusan SEM dalam model struktur menunjukkan bahawa data adalah menepati model yang dibentuk. Keputusan kajian menunjukkan, hubungan yang tidak signifikan antara religiositi dengan tingkah laku hedonistik. Walau bagaimanapun hasil analisis kajian yang menguji hubungan antara pandangan sarwa dengan tingkah laku hedonistik menunjukkan hubungan yang signifikan. Keputusan analisis moderator kajian yang menguji hubungan keakraban dengan ibu bapa sebagai moderator kepada hubungan antara religiositi dan pandangan sarwa terhadap tingkah laku hedonistik mempunyai hubungan yang signifikan melalui dimensi pengasingan. Hasil keputusan kajian yang menguji hubungan keakraban dengan rakan sebagai moderator kepada hubungan antara religiositi dan pandangan sarwa terhadap tingkah laku hedonistik mempunyai hubungan yang signifikan melalui dimensi pengasingan dan kepercayaan. Penemuan kajian menunjukkan faktor psikososial mempengaruhi pembentukan hedonistik dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia. Penemuan kajian dapat memberikan cadangan yang penting kepada agensi serta badan yang berkaitan dengan pembangunan belia untuk memastikan aspek psikososial disepadukan dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan belia positif di Malaysia.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 24R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Education, Higher - Social aspects - Malaysia
Subject: Hedonism - Malaysia
Subject: College students - Malaysia - Conduct of life
Call Number: FPP 2013 24
Chairman Supervisor: Profesor Turiman Suandi, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 29 Jan 2016 12:25
Last Modified: 29 Jan 2016 12:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39987
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item