Citation
Hamzah, Siti Raba'ah
(2013)
Pengaruh faktor psikososial terhadap tingkah laku hedonisme dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia.
PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan moderator keakraban dengan ibu bapa dan keakraban dengan rakan ke atas hubungan di antara religiositi dan pandangan sarwa terhadap pembentukan tingkah laku hedonistik. Kajian ini
berasaskan teori ekologi manusia oleh Bronfenbrenner dan model keakraban ibu bapa dan rakan oleh Armsden dan Greenberg.
Kajian ex-post facto ini melibatkan 408 pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia yang dipilih melalui persampelan rawak berlapis. Data telah dikumpul daripada borang soal selidik tadbir sendiri. Borang soal selidik diadaptasi daripada Krauss Fazilah, dan Azimi (2007), Deckard (2003) dan Kearney (1974), Armsden dan Greenberg (1987), dan Zimbardo (1999) serta Schwartz (1994). Alat ujian ini digunakan untuk mengukur tahap religiositi, pandangan sarwa, keakraban dengan ibu bapa dan keakraban dengan rakan terhadap tingkah laku hedonistik.Data dianalisis menggunakan SPSS dan Model Persamaan Berstruktur (SEM).
Penemuan kajian menunjukkan tahap religiositi, tahap pandangan sarwa dan tahap keakraban ibu bapa pada tahap yang tinggi, manakala tahap keakraban dengan rakan dan tahap hedonistik berada pada tahap yang sederhana.
Keputusan SEM dalam model struktur menunjukkan bahawa data adalah menepati model yang dibentuk. Keputusan kajian menunjukkan, hubungan yang tidak signifikan antara religiositi dengan tingkah laku hedonistik. Walau
bagaimanapun hasil analisis kajian yang menguji hubungan antara pandangan sarwa dengan tingkah laku hedonistik menunjukkan hubungan yang signifikan.
Keputusan analisis moderator kajian yang menguji hubungan keakraban dengan ibu bapa sebagai moderator kepada hubungan antara religiositi dan pandangan sarwa terhadap tingkah laku hedonistik mempunyai hubungan yang signifikan
melalui dimensi pengasingan. Hasil keputusan kajian yang menguji hubungan keakraban dengan rakan sebagai moderator kepada hubungan antara religiositi dan pandangan sarwa terhadap tingkah laku hedonistik mempunyai hubungan
yang signifikan melalui dimensi pengasingan dan kepercayaan.
Penemuan kajian menunjukkan faktor psikososial mempengaruhi pembentukan hedonistik dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia. Penemuan kajian dapat memberikan cadangan yang penting kepada agensi serta badan yang berkaitan dengan pembangunan belia untuk memastikan aspek psikososial disepadukan dalam merancang dan melaksanakan program
pembangunan belia positif di Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(PhD)
|
Subject: |
Education, Higher - Social aspects - Malaysia |
Subject: |
Hedonism - Malaysia |
Subject: |
College students - Malaysia - Conduct of life |
Call Number: |
FPP 2013 24 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Turiman Suandi, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Haridan Mohd Jais
|
Date Deposited: |
29 Jan 2016 04:25 |
Last Modified: |
29 Jan 2016 04:25 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39987 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |