UPM Institutional Repository

Komunikasi antara kaum dan persepsi iklim hubungan kaum di kampus Universiti Putra Malaysia


Citation

Ahmad, Mona Al Kauthar (2014) Komunikasi antara kaum dan persepsi iklim hubungan kaum di kampus Universiti Putra Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Berasaskan teori Contact Hypothesis, tinjauan ini dijalankan dengan objektif khusus berikut: (1) mengenalpasti persepsi terhadap iklim hubungan kaum dan pola komunikasi merentas kaum dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia, dan (2) mengenalpasti perkaitan antara persepsi terhadap iklim hubungan etnik dengan kekerapan berinteraksi merentas etnik. Teori Contact Hypothesis menyarankan faktor persekitaran komunikasi (dalam kajian ini persepsi terhadap iklim hubungan kaum) merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi komunikasi merentas kaum. Namun, bukti empirikal tempatan tentang perkaitan ini tidak. Seramai 360 pelajar dari tiga kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpulan menggunakan borang soalselidik tadbir sendiri. Dapatan kajian menunjukkan secara relatifnya majoriti responden sama ada kaum Melayu, Cina dan India mempersepsikan positif tentang iklim hubungan etnik di negara ini dan di kampus di universiti yang dikaji. Sungguhpun demikian, majoriti tidak terlibat secara meluas dan mendalam dalam interaksi merentas etnik di kampus terutamanya responden Melayu. Interaksi mereka kebanyakkanya berkisar sekitar hal akademik. Kekerapan interaksi merentas kaum didapati mempunyai perkaitan positif yang signifikan dengan persepsi terhadap iklim hubungan etnik. Mereka yang mempersepsikan iklim hubungan etnik secara positif lebih kerap terlibat dalam interaksi merentas etnik di kampus. Perkaitan positif ini wujud bagi responden Melayu , Cina dan juga India. Perkaitan ini didapati lebih kuat dalam kalangan pelajar wanita berbanding pelajar lelaki. Pihak universiti perlu memastikan persepsi positif terhadap iklim hubungan etnik ini bukan sahaja kekalkan tetapi dimantapkan kerana ia mempunyai implikasi ke atas sejauhmana pelajar terlibat dalam komunikasi merentas etnik di kampus. Kedua-dua faktor persepsi positif terhadap iklim hubungan etnik dan kekerapan komunikasi merentas etnik yang berkualiti penting dalam kerangka perpaduan dan keharmonian etnik.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2014 20 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Intercultural communication - Malaysia - Universities
Subject: Race relations - Malaysia
Subject: Ethnic groups - Malaysia
Call Number: FBMK 2014 20
Chairman Supervisor: Prof. Ezhar Tamam,PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Hasimah Adam
Date Deposited: 31 Jul 2015 00:41
Last Modified: 31 Jul 2015 00:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39649
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item