UPM Institutional Repository

Hubungan antara keterhubungan, kebolehsediaan dan komunikasi guru dengan keterampilan pelajar aliran kemahiran


Citation

Abu Taib, Norzanah (2012) Hubungan antara keterhubungan, kebolehsediaan dan komunikasi guru dengan keterampilan pelajar aliran kemahiran. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pelajar aliran kemahiran berpencapaian rendah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang memerlukan bimbingan dan bantuan maksimum daripada guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keterhubungan, kebolehsediaan dan komunikasi guru dengan pelajar terhadap keterampilan pelajar aliran kemahiran berdasarkan persepsi guru. Pendekatan kuantitatif iaitu reka bentuk berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik mengandungi 40 item dijawab oleh responden. Jumlah responden adalah 110 orang guru yang mengajar pelajar aliran kemahiran di sekolah menengah teknik dan vokasional zon tengah iaitu negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Dapatan kajian menunjukkan keterhubungan (M=4.17, SP=0.32), kebolehsediaan (M=4.37, SP=0.30) dan komunikasi (M=4.35, SP=0.30) berada pada tahap tinggi. Keterampilan pelajar aliran kemahiran mengikut persepsi guru juga berada pada tahap tinggi (M=4.20, SP=0.25). Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan keterampilan pelajar aliran kemahiran bagi tahap keterhubungan t(108)= 2.35, p<.05) dan tahap komunikasi t(108)= 2.57, p<.05). Dapatan ujian regresi pelbagai menunjukkan pembolehubah komunikasi antara guru dengan pelajar menjadi peramal kepada keterampilan pelajar aliran kemahiran. Walau bagaimanapun apabila pembolehubah keterhubungan, kebolehsediaan dan komunikasi antara guru dengan pelajar digabungkan, ia menyumbang sebanyak dua puluh peratus kepada keterampilan pelajar.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2012 74R.pdf

Download (879kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teacher-student relationships - Malaysia
Subject: Academic achievement - Malaysia
Subject: Vocational education - Malaysia
Call Number: FPP 2012 74
Chairman Supervisor: Abdullah Mat Rashid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 25 Jun 2015 03:18
Last Modified: 25 Jun 2015 03:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39320
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item