Citation
Jamaluddin, Rahimah
(2012)
Pengaruh faktor terpilih terhadap efikasi kendiri guru sekolah menengah dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan.
PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan, menentukanfaktor peramal yang menyumbang kepada efikasi kendiri guru dan menentukan sama ada aplikasi pendekatan ekologi berperanan sebagai perantara dalam hubungan antara pengalaman mengajar kekeluargaan dengan efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan. Pemboleh ubah bebas kajian adalah latar belakang terpilih dan pemboleh ubah perantara adalah aplikasi pendekatan ekologi. Manakala pemboleh ubah bersandar adalah efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan.
Kajian kuantitatif tinjauan ini melibatkan 419 guru yang mengajar kekeluargaan di 50 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Responden dipilih secara persampelan rawak berlapis berkadaran.Responden kajian terdiri daripada guru Ekonomi Rumah Tangga, Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sivik dan Kewarganegaraan serta guru Pendidikan Islam. Statistik deskriptif dan inferensi berbentuk min, sisihan piawai, kekerapan, peratusan, analisis julat antara kuartil, ujian-t, analisis varians sehala ANOVA dan analisis Partial Least Squares-Structural Equation Modellingdigunakan untuk menganalisis data.
Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan adalah 6.43, SP=.81 (julat skor dari 1 hingga 9). Min bagi efikasi dalam pengurusan bilik darjah adalah M=6.59, SP=.91, efikasi dalam penglibatan murid adalah M=6.55, SP=.87,dan efikasi dalam strategi pengajaran adalah M=6.14, SP=.83. Analisis julat antara kuartil menunjukkan guru
yang mempunyai efikasi kendiri tahap tinggi, sederhana dan rendah dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan adalah sebanyak 26%, 48.7% dan 25.3% masing-masing.
Dapatan berkait aplikasi pendekatan ekologi menunjukkan min yang diperolehi adalah 2.67 SP=.60 (julat skor dari 1 hingga 5). Analisis julat antara kuartil menunjukkan guru yang mengaplikasikan pendekatan ekologi tahap tinggi,
sederhana dan rendah adalah sebanyak 25%, 52% dan 22.7% masing-masing.
Didapati guru mengaitkan aspek persekitaran murid (mikro, meso, ekso dan makro) semasa mengajar kekeluargaan.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan berdasarkan tahap aplikasi pendekatan ekologi F(2,416)=19.94, p<.05, opsyen guru t(417)=3.09, p<.05 dan pengalaman mengajar kekeluargaan F(416)=2.98, p<.05. Pemboleh ubah bebas opsyen guru,pengalaman mengajar kekeluargaan dan aplikasi pendekatan ekologi
merupakanperamal kepada efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan Pemboleh ubah bebas opsyen guru,pengalaman mengajar kekeluargaan dan aplikasi pendekatan ekologi merupakanperamal kepada efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan pengalaman mengajar kekeluargaan dan aplikasi pendekatan ekologi
merupakanperamal kepada efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran. Dapatan analisis Partial Least Squares- Structural Equation Modellingmenunjukkan aplikasi pendekatan ekologi bukanlah perantara dalam hubungan antara pengalaman mengajar kekeluargaan dengan efikasi kendiri
guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan. Seterusnya implikasi kajian terhadap teori dan praktikal dikemukakan bagi meningkatkan efikasi pengajaran kekeluargaan khususnya dalam kalangan guru sekolah menengah.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(PhD)
|
Subject: |
Family life education - Study and teaching (Secondary) - Malaysia |
Subject: |
Self-efficacy |
Subject: |
High school teachers - Malaysia |
Call Number: |
FPP 2012 72 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Rosini Binti Abu, Ed.D |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Haridan Mohd Jais
|
Date Deposited: |
25 Jun 2015 00:48 |
Last Modified: |
25 Jun 2015 00:48 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39297 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |