Citation
T Mohamed, Norsidah
(2012)
Status dan faktor pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan status pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengenal pasti
faktor yang wujud dan menyokong pengintegrasianya. Lapan faktor yang dikaji adalah berdasarkan kerangka Ely (1999) iaitu: (i) ketidakpuasan dengan keadaan semasa, (ii) pengetahuan dan kemahiran, (iii) sumber, (iv) ganjaran dan insentif, (v)masa, (vi) penglibatan, (vii) komitmen, serta (viii) kepemimpinan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara faktor yang dikaji dengan status pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, serta mengenal pasti faktor yang terbaik bagi meramal pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini berbentuk deskriptif kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Kebolehpercayaan instrumen kajian ini ialah .92 bagi
status pengintegrasian TMK dalam P & P, manakala bagi lapan faktor yang menyokong pengintegrasian TMK, nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah melebihi .68. Responden kajian ini terdiri daripada 317 orang guru yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah bagi mewakili 1689 orang populasi guru sekolah rendah dari daerah Temerloh, Pahang.
Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan piawai untuk menerangkan status pengintegrasian TMK di sekolah serta faktor-faktor yang wujud. Analisis data secara inferensi turut dijalankan melalui ujian korelasi Pearson bagi menentukan hubungan antara faktor yang menyokong pengintegrasian TMK dengan status pengintegrasiannya. Analisis regresi linear pelbagai (Multiple Linear Regression) telah juga dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang menjadi peramal terbaik bagi pengintegrasian TMK dalam P & P.
Dapatan menunjukkan status pengintegrasian TMK dalam P & P oleh guru sekolah rendah secara keseluruhanya adalah sederhana (M = 2.37, S.P = .64). Analisis turut mendapati tujuh daripada lapan faktor wujud dan menyokong pengintegrasian TMK dalam P & P iaitu: ilmu pengetahuan dan kemahiran, kepemimpinan, komitmen,ketidakpuasan dengan keadaan semasa, penglibatan, masa, serta ganjaran dan insentif. Faktor sumber dikenalpasti kurang menyokong penggunaan TMK.
Ujian Korelasi yang dijalankan mendapati tiga faktor mempunyai hubungan yang signifikan, positif dan sederhana iaitu ilmu pengetahuan dan kemahiran [r (315) = .49,
p = .00], penglibatan [r (315) = .38, p = .00], dan komitmen [r (315) = .35, p = .00]. Tiga faktor didapati mempunyai hubungan signifikan, positif tetapi lemah iaitu
ketidakpuasan dengan keadaan semasa [r (315) = .27, p = .00], masa [r (31) = .14, p =.01], dan kepemimpinan [r (315) = .19, p = .00]. Dua faktor lain iaitu sumber serta
ganjaran dan insentif tidak menunjukkan sebarang hubungan yang signifikan. Daripada analisis regresi berganda didapati faktor komitmen adalah peramal terbaik kepada pengintegrasian TMK dalam P & P (t = 3.58, p = .00).
Berdasarkan dapatan kajian beberapa implikasi serta cadangan dikemukakan yang meliputi aspek latihan TMK kepada guru, peruntukan masa bekerja guru, beban tugas guru, bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, kepemimpinan, serta komitmen guru.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Information technology - Study and teaching (Elementary) |
Subject: |
Communication - Study and teaching (Elementary) |
Subject: |
Educational technology |
Call Number: |
FPP 2012 71 |
Chairman Supervisor: |
Rosnaini Mahmud, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Haridan Mohd Jais
|
Date Deposited: |
25 Jun 2015 00:42 |
Last Modified: |
25 Jun 2015 00:42 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39296 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |