Citation
Ramle, Marina
(2012)
Kesan teknik pengajaran terhadap prestasi kemahiran membaca murid pemulihan linus.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti kesan teknik pengajaran terhadap prestasi kemahiran membaca murid pemulihan LINUS. Kajian dijalankan secara kuasi eksperimen – The One Group Pretest-Posttest Design Using a Pattern Matching with Nonequivalent Dependent Variable. Reka bentuk ini hanya menggunakan satu kumpulan eksperimen. Reka bentuk ini digunakan untuk mengenalpasti kesan teknik pengajaran yang
digunakan boleh mengubah sesuatu hasil yang tertentu. Pengkaji menggunakan empat teknik pengajaran iaitu teknik pengulangan, teknik ansur maju, teknik didik hibur dan
teknik penggabungjalinan. Pengkaji mengumpul data dari pra ujian dan pasca ujian setiap teknik pengajaran yang dijalankan. Kajian dilaksanakan selama lima minggu
yang meliputi seramai 30 orang murid pemulihan LINUS yang mempunyai keupayaan yang sama. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah harian di daerah Puchong,Selangor. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Stastical Packages For the Social Sciences (SPSS) Versi 19. Skor min ujian pra dan skor min ujian pasca digunakan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau sebaliknya
bagi keempat-empat pendekatan yang diaplikasikan. Ujian-t berpasangan diguna untuk pengujian hipotesis yang dibina. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara skor min pra ujian dengan pasca ujian ke atas kumpulan murid yang sama bagi teknik pengulangan ialah 1.93, teknik ansur maju (1.06), teknik didik hibur
(0.66) dan teknik penggabungjalinan (0.85). Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik pengulangan, teknik ansur maju, teknik didik hibur dan teknik penggabungjalinan berkesan meningkatkan pencapaian kemahiran asas membaca dalam kalangan murid tahun satu yang mengikuti program LINUS.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Reading - Study and teaching (Elementary) - Selangor |
Subject: |
Developmental reading - Selangor |
Subject: |
Reading - Ability testing - Selangor |
Call Number: |
FPP 2012 70 |
Chairman Supervisor: |
Fadzilah Binti Abd Rahman, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Haridan Mohd Jais
|
Date Deposited: |
24 Jun 2015 07:17 |
Last Modified: |
24 Jun 2015 07:17 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39290 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |