UPM Institutional Repository

Pengaruh faktor sosial dan tahap penerimaan remaja terhadap kesan kempen tak nak merokok Kementerian Kesihatan Malaysia


Citation

Maarof, Daing Diana (2012) Pengaruh faktor sosial dan tahap penerimaan remaja terhadap kesan kempen tak nak merokok Kementerian Kesihatan Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tabiat merokok dalam kalangan remaja pada hari ini begitu membimbangkan semua pihak. Malah remaja yang merokok bukan sahaja membabitkan remaja lelaki bahkan kini sudah menular dalam kalangan remaja perempuan di negara ini. Terdapat kempen-kempen anti merokok telah dilaksanakan oleh kerajaan mahupun badan bukan kerajaan bagi membendung masalah ini. Namun kempen ini dikatakan gagal. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktorfaktor pengaruh sosial yang mempengaruhi remaja merokok, untuk mengetahui tahap penerimaan remaja terhadap kempen Tak Nak merokok Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk mengetahui kesan-kesan kempen Tak Nak merokok,untuk mengetahui mengetahui perbezaan antara faktor-faktor pengaruh sosial yang mempengaruhi remaja untuk merokok dengan kesan kempen Tak Nak merokok Kementerian Kesihatan Malaysia di antara remaja lelaki dan perempuan, untuk mengetahui hubungan faktor-faktor pengaruh sosial yang mempengaruhi remaja merokok dengan kesan-kesan kempen Tak Nak merokok Kementerian Kesihatan Malaysia dan untuk melihat perkaitan antara tahap penerimaan remaja terhadap kempen dengan kesan-kesan kempen Tak Nak merokok Kementerian Kesihatan Malaysia. Seramai 382 orang responden yang terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang berumur 12 hingga 21 tahun yang berada di sekitar Kuala Lumpur telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Data yang telah dikutip dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif (kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai), statistik inferensi (ujian-t dan korelasi pearson). Kajian ini mendapati faktor pengaruh sosial seperti rakan sebaya, keluarga dan diri sendiri mempengaruhi remaja untuk merokok. Kajian ini juga mendapati tahap penerimaan remaja berada di tahap yang sederhana. Selain itu, hasil kajian membuktikan kempen Tak Nak merokok sememangnya memberi kesan terhadap kognitif, sosioekonomi dan kesihatan remaja yang merokok. Hasil kajian ini mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara pengaruh rakan sebaya di antara remaja lelaki dan perempuan untuk merokok . Hal ini bermakna pengaruh rakan sebaya di antara remaja lelaki dan perempuan untuk merokok adalah sama. Namun demikian, terdapat perbezaan yang signifikan faktor peribadi atau diri sendiri remaja lelaki dengan remaja perempuan. Hal ini membuktikan bahawa pengaruh peribadi atau diri sendiri untuk merokok di antara lelaki dan perempuan adalah tidak sama. Hasil kajian ini mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara pengaruh keluarga di antara remaja lelaki dan perempuan untuk mempengaruhi mereka merokok Walaupun jumlah remaja lelaki adalah lebih tinggi daripada remaja perempuan namun tiada perbezaan antara kedua-duanya. Hasil kajian ini juga mendapati antaranya terdapat hubungan yang negatif tetapi signifikan antara pengaruh rakan sebaya dengan kesan kempen terhadap kognitif. Selain itu, hasil kajian juga mendapati antaranya, tahap penerimaan remaja terhadap kempen mempunyai perkaitan secara positif dan signifikan namun lemah dengan kesan kempen Tak nak merokok Kementerian Kesihatan Malaysia dari aspek terhadap kognitif remaja.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2012 27R.pdf

Download (902kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Youth - Tobacco use - Malaysia
Subject: Smoking - Social aspects - Malaysia
Subject: Smoking - Malaysia
Call Number: FBMK 2012 27
Chairman Supervisor: Mohd Nizam Bin Osman, Phd
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 29 May 2015 04:02
Last Modified: 29 May 2015 04:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/38890
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item