UPM Institutional Repository

Retorik pembangunan sosioekonomi masyarakat dalam laporan media cetak


Citation

Abu Bakar, Muhammad Mazlan and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2016) Retorik pembangunan sosioekonomi masyarakat dalam laporan media cetak. Jurnal Linguistik, 20 (1). pp. 10-25. ISSN 1823-9242

Abstract

Kajian tentang retorik telah banyak dilakukan oleh para pengkaji terdahulu dalam pelbagai bidang namun belum dijalankan secara meluas dalam bidang sosioekonomi. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti jenis retorik yang digunakan dalam laporan media cetak yang ada kaitannya dengan pembangunan sosioekonomi masyarakat, dan menganalisis penggunaan retorik dalam laporan media berkaitan pembangunan sosioekonomi masyarakat menggunakan teori Retorik Moden, Enos dan Brown (1993). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks untuk menganalisis retorik dalam laporan media cetak. Sejumlah 36 petikan laporan akhbar Utusan Malaysia dan 34 petikan laporan akhbar Sinar Harian yang berkaitan sosioekonomi dipilih sebagai data kajian menggunakan teknik persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati kelima-lima jenis retorik, iaitu pendedahan, penghujahan, penerangan, pemujukan dan pemerian telah digunakan dalam laporan media untuk menyampaikan maklumat tentang pembangunan sosioekonomi masyarakat. Hal ini selaras dengan tujuan utama retorik, iaitu untuk membentuk sikap manusia melalui bahasa manusia. Retorik juga didapati berfungsi untuk menyelaraskan tindakan sosial dengan cara mempengaruhi pilihan sekali gus meyakinkan masyarakat tentang pembangunan sosioekonomi yang direncanakan oleh kerajaan untuk masyarakat dan negara.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Retorik pembangunan sosioekonomi masyarakat dalam laporan media cetak.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://jurnal.plm.org.my/?page_id=183

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Linguistik Malaysia
Keywords: Rhetoric; Socio-economic changes; Media report; Society
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Aug 2018 02:03
Last Modified: 13 Aug 2018 02:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35623
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item