UPM Institutional Repository

Fenomena kebergantungan remaja Melayu terhadap telefon bimbit


Citation

Bagimin, Siti Syamsiddar (2012) Fenomena kebergantungan remaja Melayu terhadap telefon bimbit. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Dunia hari ini menyaksikan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi kesan terhadap rangkaian masyarakat. Kemunculan jaringan komunikasi telah membentuk rangkaian masyarakat yang mempunyai kelas sosial yang berbeza. Senario ini telah menyebabkan fenomena luar biasa dalam kalangan remaja yang bergantung terhadap telefon bimbit untuk meluaskan rangkaian sosial mereka di peringkat tempatan atau global. Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan pendekatan fenomenologi digunakan untuk mengamati kebergantungan dalam kalangan remaja terhadap penggunaan telefon bimbit dan kesannya terhadap remaja Melayu (lelaki dan perempuan). Teori Penerimaan Teknologi dan Teori Pergantungan digunakan sebagai asas kajian. Teori Penerimaan Teknologi mengandaikan bahawa manusia menggunakan teknologi kerana memberi kemudahan penggunaan, mendatangkan manfaat, kos yang munasabah dan memenuhi keperluan emosi dan intelektual. Selain itu, kebergantungan masayarakat terhadap ICT tidak lengkap tanpa kehadiran teknologi tersebut. Kajian ini melibatkan 12 remaja Melayu yang menetap di Shah Alam yang menggunakan telefon dan dikenalpasti sebagai "pengguna kerap". Pengguna kerap ialah individu yang selalu menggunakan telefon bimbit. Pilihan informan berdasarkan pada persampelan bertujuan dan kaedah bebola salji. Para informan ditemu bual secara mendalam dan temu bual tersebut dirakam dan kemudian ditranskrip secara verbatim. Analisis tematik dilakukan untuk mengetahui fenomena kebergantungan remaja Melayu terhadap telefon bimbit. Hasil kajian mendapati bahawa remaja Melayu perempuan lebih bergantung kepada penggunaan telefon bimbit berbanding dengan remaja Melayu lelaki. Kebergantungan remaja Melayu perempuan terhadap telefon bimbit bertujuan menghubungi orang-orang tertentu selain menggunakannya untuk hiburan. Manakala remaja Melayu lelaki lebih suka menggunakan telefon bimbit iuntuk mendengar muzik. Hasil kajian juga mendapati kebergantungan remaja Melayu terhadap telefon bimbit untuk menambahkan bilangan kenalan dan hidup tidak lengkap tanpa telefon bimbit. Fenomena ini berlaku kerana perkembangan drastik dalam teknologi komunikasi dan maklumat, hubungan dan rangkaian sosial di peringkat global dan tempatan menerusi penggunaan telefon bimbit. Kajian ini memperkenalkan konstruk baru iaitu menjana idea remaja supaya menjadi kreatif menerusi kebergantungan dan penggunaan terhadap telefon bimbit. Diharapkan kajian akan datang dilakukan menerusi perbincangan kumpulan fokus untuk melihat perbandingan kebergantungan terhadap telefon bimbit antara pengguna Melayu, Cina dan India.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2012 14R.pdf

Download (894kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Cell phones and teenagers - Malaysia
Subject: Information society - Malaysia
Call Number: FBMK 2012 14
Chairman Supervisor: Profesor Madya Siti Zobidah Binti Omar, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 04 Mar 2015 08:26
Last Modified: 04 Mar 2015 08:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33299
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item