UPM Institutional Repository

Watak wanita dalam novel The missing piece satu dan dua berdasarkan teori sastera Islami


Citation

Zainal Abidin, Nur Lailatul Akma (2012) Watak wanita dalam novel The missing piece satu dan dua berdasarkan teori sastera Islami. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti watak wanita dalam novel The Missing Piece bahagian satu dan dua berdasarkan Teori Sastera Islami. Umumnya, kajian yang menumpukan kepada aspek watak akan membincangkan tiga aspek penting dan salah satunya adalah berkenaan aspek kerohanian dan spiritual. Dalam kajian ini, pengkaji akan memberi penekanan kepada aspek kerohanian berdasarkan watak wanita dalam novel yang dikaji. Bagi merealisasikan tujuan ini, Teori Sastera Islami akan diaplikasikan sebagaimana kecenderungan teori ini meneliti gagasan keislaman dalam sesebuah karya. Tiga prinsip Teori Sastera Islami yang menjadi dasar kepada kajian ini merujuk kepada penelitian unsur amar makruf nahi mungkar, hubungan manusia dengan Allah (habl min Allah) serta hubungan manusia dengan manusia (habl min al-Nas) dan unsur kesempurnaan insan (insan Kamil). Menerusi penelitian berdasarkan ketiga-tiga prinsip ini, dapat dikesan mesej-mesej kerohanian yang digarap pengarang menerusi watak wanitanya untuk dijadikan panduan dan tauladan kepada khalayak pembaca. Berdasarkan penelitian ini juga, peranan karya sastera sebagai refleksi ibadah penulis kepada Allah dan hasilnya memberi hikmah kepada manusia dapat dikesan. Kecenderungan ke arah mesej kerohanian ini membuktikan bahawa Fatimah Busu turut berpotensi dalam memberi kesedaran ke arah usaha membentuk rohani masyarakat pembacanya. Oleh itu, pembuktian mengenai potensi ini perlu diberi perhatian dalam usaha memartabatkan karya pengarang wanita setaraf karya pengarang lelaki.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2012 13R.pdf

Download (915kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Women in literature - Religious aspects - Islam
Subject: Character in literature
Subject: Islamic literature
Call Number: FBMK 2012 13
Chairman Supervisor: Profesor Madya Lim Swee Tin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 05 Mar 2015 08:30
Last Modified: 05 Mar 2015 08:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33298
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item