UPM Institutional Repository

Sikap, kemahiran dan halangan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi pengajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah di Selangor, Malaysia


Citation

Ambikapathy, Alagesan (2012) Sikap, kemahiran dan halangan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi pengajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Sikap, Kemahiran dan Halangan dalam Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi pengajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah di Selangor, Malaysia. Sebanyak empat aspek dikaji dalam kalangan guru Bahasa Tamil, iaitu sikap, tahap kemahiran, tahap penggunaan TMK dalam P&P dan faktor yang menghalang guru Bahasa Tamil menggunakan bahan-bahan TMK semasa proses P&P. Kajian berbentuk tinjauan kuantitatif ini melibatkan sampel seramai 179 guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah di sepuluh daerah negeri Selangor. Pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan teknik persampelan rawak berlapis berkadar dengan menggunakan instrumen soal selidik yang mempunyai lima bahagian, iaitu latar belakang guru, sikap guru terhadap TMK, kemahiran guru dalam TMK, penggunaan bahan TMK dalam proses P&P dan faktor-faktor yang menghalang guru menggunakan TMK. Analisis deskriptif dan inferensi seperti ujian korelasi dan ujian-t digunakan bagi menjawab semua persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan guru yang mengajar Bahasa Tamil secara keseluruhannya bersikap positif terhadap penggunaan TMK (Min=3.84, SP=.57) dan didapati mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan bahan-bahan TMK yang secara keseluruhannya menunjukkan nilai min 3.92 (SP=.61). Aplikasi pedagogi dalam penggunaan TMK dalam proses P&P Bahasa Tamil dalam kalangan guru pula didapati berada pada tahap yang sederhana (Min=3.12, SP=.89). Faktor perkakasan merupakan faktor utama yang menghalang guru Bahasa Tamil dalam penggunaan TMK semasa proses P&P Bahasa Tamil. Min keseluruhan bagi faktorfaktor yang menghalang guru Bahasa Tamil menggunakan bahan-bahan TMK semasa P&P ialah 3.30 (SP=.74). Analisis korelasi mendapati terdapat hubungan positif antara sikap dengan penggunaan TMK dalam proses P&P Bahasa Tamil (r=0.465**, P<0.01). Begitu juga terdapat hubungan positif antara kemahiran dengan penggunaan TMK dalam P&P Bahasa Tamil (r=.570**, P<0.01). Walau bagaimanapun tidak terdapat hubungan antara faktor halangan dengan penggunaan TMK dalam proses P&P Bahasa Tamil di sekolah menengah negeri Selangor (r=.031). Dapatan kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan min penggunaan TMK bagi guru perempuan (M=3.07, SP=.81) dengan guru lelaki (M=3.21, SP=1.02), t(114.841)= .946, p=.346 > 0.05). Secara keseluruhannya, guru-guru bahasa Tamil bersikap positif dan berkemahiran tinggi dalam penggunaan TMK. Tahap penggunaan TMK dalam P&P berada pada tahap yang sederhana dan faktor perkakasan merupakan faktor halangan yang utama dalam penggunaan TMK. Sikap dan kemahiran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan TMK manakala faktor halangan tidak mempunyai hubungan dengan penggunaan TMK. Ujian-t menunjukkan tidak ada perbezaan jantina dalam penggunaan TMK.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2012 43R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Tamil language - Study and teaching (Secondary) - Selangor - Computer-assisted instruction
Subject: Information technology - Study and teaching (Secondary) - Selangor
Subject: Information technology - Moral and ethical aspects - Selangor
Call Number: FPP 2012 43
Chairman Supervisor: Fadzilah Binti Abd. Rahman, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 26 Mar 2015 07:20
Last Modified: 26 Mar 2015 07:20
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33100
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item