UPM Institutional Repository

Perkongsian ilmu dan amalan kerja dalam kalangan komuniti pemandu teksi di Lembah Klang, Malaysia


Citation

Shaikh Ahmad, Shaikh Mansoor (2012) Perkongsian ilmu dan amalan kerja dalam kalangan komuniti pemandu teksi di Lembah Klang, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi memahami perkongsian ilmu dan amalan kerja dalam kalangan “komuniti pengamalan” Community of Practice (CoP) pemandu teksi di Lembah Klang, Malaysia. CoP adalah sekumpulan manusia yang prihatin dan teruja untuk bekerja, belajar, bersosial dan bekerjasama secara sukarela, informal bagi memperoleh faedah, manfaat dan kepentingan bersama. CoP pemandu teksi adalah pelajar dewasa yang belajar dan membangun dengan arahan-kendiri. Model CoP ini digunakan sebagai asas bagi memahami pengalaman (pembelajaran sosial) dalam kalangan komuniti pemandu teksi di Lembah Klang. Pembangunan komuniti pemandu teksi di Lembah Klang merangkumi aspek amalan kerja, perkongsian ilmu selain pengetahuan, kemahiran dan sikap (tingkah laku) dalam menangani cabaran dan masalah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka. Kajian ini dilaksanakan berpandukan kepada tiga persoalan kajian iaitu:1) Bagaimanakah pengalaman praktis menyumbang kepada amalan kerja pemandu teksi di Lembah Klang? 2) Bagaimanakah amalan terbaik „best practice’ dimanfaat dengan perkongsian ilmu? 3) Apakah faktor yang mempengaruhi pengamalan komuniti pemandu teksi? Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang berunsurkan fenomenologi kerana berkaitan dengan penerokaan sebahagian fenomena kejadian dalam konteks kehidupan sosial manusia. Pengumpulan data dijalankan melalui temubual semi berstruktur ke atas sebilangan informan yang dipilih secara purposif. Pemerhatian juga dibuat di beberapa stesen dan hentian teksi sekitar Kuala Lumpur selain menganalisis dokumen berkaitan. Kesimpulan kajian ialah model CoP pemandu teksi melalui perkongsian ilmu dan amalan kerja menepati sumbangan praktis CoP dalam kalangan komuniti pemandu teksi di Lembah Klang. Struktur CoP pemandu teksi ini tertegak dengan tiga terma yang berhubung kait iaitu melalui: „penglibatan bersama‟„bertanggungjawab terhadap perusahaan‟ dan „tolak ansur repertoire’. Kajian mencadangkan agar dasar membngunan sumber manusia komuniti pemandu teksi khususnya di Lembah Klang digubal secara sistematik.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2012 35R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Knowledge management - Malaysia
Subject: Taxicab drivers - Malaysia
Call Number: FPP 2012 35
Chairman Supervisor: Profesor Madya Ismi Arif bin Ismail, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 06 Jan 2015 04:50
Last Modified: 06 Jan 2015 04:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/33092
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item