UPM Institutional Repository

Faktor motivasi kesukarelawanan dalam kalangan anggota komuniti rukun tetangga di Selangor, Malaysia


Citation

Abu Samah, Safidah (2012) Faktor motivasi kesukarelawanan dalam kalangan anggota komuniti rukun tetangga di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Seseorang individu melibatkan diri dalam kerja sukarela kerana terdapat pelbagai sebab yang mendorong mereka. Justeru, bagi meningkatkan penyertaan orang ramai dalam kegiatan ini, aspek utama yang perlu difahami ialah faktor-faktor motivasi yang mempengaruhi seseorang individu untuk terlibat. Pemahaman ini akan membolehkan pentadbir organisasi sukarela merangka strategi yang lebih efektif dan komprehensif bagi memenuhi motivasi mereka. Objektif utama kajian ini ialah untuk menentukan faktor-faktor motivasi yang mendorong penglibatan anggota komuniti dalam Rukun Tetangga. Seterusnya kajian ini juga bertujuan mengenalpasti faktor paling dominan yang mempengaruhi penglibatan responden. Sampel kajian terdiri daripada 361 orang anggota komuniti di empat daerah di Selangor yang dipilih melalui teknik persampelan kelompok pelbagai peringkat. Data dikumpulkan melalui borang soal selidik yang ditadbir sendiri. Instrumen kajian dibina berdasarkan penelitian pengkaji terhadap inventori dan skala motivasi kesukarelawanan yang digunakan dalam kajian-kajian lepas. Sebanyak 30 item berhubung dengan motif penglibatan responden dalam RT dianalisis melalui prosedur Analisis Faktor. Principal Factor Analysis menunjukkan bahawa item-item dalam soal selidik mengandungi lima faktor dan kelima-lima faktor ini menyumbang sebanyak 61.8% perubahan varian secara keseluruhan variabel bersandar “motivasi kesukarelawanan”. Faktor-faktor tersebut dinamakan seperti berikut: Faktor 1 = altruisme; Faktor 2 = semangat berkomuniti; Faktor 3 =egoisme; Faktor 4 = pembangunan diri; dan Faktor 5 = resiprositi (timbal balas). Hasil analisis juga menunjukkan bahawa faktor yang paling dominan ialah altruisme, seterusnya diikuti dengan faktor ‘semangat berkomuniti’, ‘egoisme’,‘pembangunan diri’ dan ‘timbal balas'.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2012 27R.pdf

Download (628kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Volunteers - Selangor
Subject: Volunteer workers in community development - Selangor
Subject: Motivation (Psychology) in adolescence - Selangor
Call Number: FEM 2012 27
Chairman Supervisor: Prof. Madya Nobaya bt. Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 02 Feb 2015 05:12
Last Modified: 02 Feb 2015 05:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31617
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item