UPM Institutional Repository

Konsep kendiri dan latar belakang keluarga penjenayah sumbang mahram di Penjara Kajang, Malaysia


Citation

Abd Karim, Mohd Pauzi (2011) Konsep kendiri dan latar belakang keluarga penjenayah sumbang mahram di Penjara Kajang, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah untuk menilai konsep kendiri dan latar belakang pesalah sumbang mahram (n = 6) lelaki yang masih di dalam penjara bertempat di Penjara Kajang Selangor Darul Ehsan. Secara khususnya objektif kajian adalah untuk melihat konsep kendiri keseluruhan, komponen-komponen fizikal, moral-etika, peribadi, keluarga dan sosial pesalah sumbang mahram dengan menggunakan alat ujian The Tennessee Self-Concept Scale (TSCS) Pandangan dan pengalaman pesalah sumbang mahram dari segi amalan agama, hubungan kekeluargaan dan hubungan seksual diperolehi melalui temu bual dan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan semua subjek mendapat skor min yang rendah bagi konsep kendiri keseluruhan dan semua komponen konsep kendiri serta ini menyokong pandangan pengkaji lain tentang perkaitan konsep kendiri dengan perlakuan jenayah. Semua pesalah kurang mengamalkan ajaran agama dan tiga orang tidak mendapat didikan agama dan kesemuanya tidak pernah membincangkan tentang seksualiti dengan keluarga secara terbuka serta dari segi sokongan pula, hanya seorang sahaja yang tidak mendapat sokongan keluarga. Implikasi gunaan dapatan-dapatan kajian turut dipertimbangkan dan cadangan dikemukakan untuk kajian di masa hadapan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2011 50R.pdf

Download (722kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Incest offenders - Malaysia
Subject: Incest - Family
Subject: Self-perception
Call Number: FPP 2011 50
Chairman Supervisor: Bahaman Bin Abu Samah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 06 May 2014 04:19
Last Modified: 06 May 2014 04:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/30906
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item