UPM Institutional Repository

Pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di Malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga


Citation

Hassan, Haniff (2011) Pengaruh penggunaan komputer ke atas masa komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga petani di Malaysia dari perspektif teori pola komunikasi keluarga. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penggunaan komputer sering digambarkan oleh sekumpulan sarjana mempunyai kesan ke atas corak interaksi dalam keluarga, dan dikatakan telah mengurangkan masa komunikasi anak-anak dengan ibu bapa. Senario ini telah menyebabkan proses interaksi antara ahli-ahli keluarga, terutamanya antara anak-anak dan ibu bapa terganggu, dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada proses penyampaian maklumat daripada ibu bapa kepada anak-anak, dan menjejaskan harapan ibu bapa supaya anak-anak mengikut jejak mereka dalam meneroka kehidupan, dan mencipta kegemilangan baik dalam apa jua bidang yang menjanjikan kehidupan yang lebih sempurna. Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan sarjana yang lain pula berpendapat bahawa penggunaan komputer tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada interaksi dalam keluarga. Kedua-dua kumpulan sarjana ini tidak cuba meneroka pengaruh penggunaan komputer daripada perspektif teori berkaitan keluarga, dan justeru itu, kajian ini telah cuba meneroka fenomena pengaruh penggunaan komputer ini daripada perspektif teori pola komunikasi keluarga. Kaedah penyelidikan yang diamalkan dalam kajian ini adalah pendekatan kuantitatif, dan keluarga petani telah dipilih sebagai subjek kajian, untuk mengetahui sama ada masa komunikasi antara ibu bapa, dengan anak-anak berlaku dengan aktif, kerana proses komunikasi yang aktif berupaya menimbulkan kefahaman dan minat dalam kalangan anak-anak untuk menceburi bidang pertanian seperti yang digalakkan oleh kerajaan Malaysia. Kaedah pensampelan yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah pensampelan bertujuan kerana tidak wujud rekod rasmi mengenai pemilikan dan penggunaan komputer, dan jumlah sampel yang terpilih adalah sejumlah 460 buah keluarga petani sahaja, yang terlibat dalam tanaman getah, padi, dan kelapa sawit, di Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu, dan Selangor. Setiap keluarga yang menjadi sampel, diwakili oleh dua orang subjek iaitu anak, dan ibu atau bapa mereka. Walau bagaimanapun cuma sejumlah 214 buah keluarga sahaja terpilih dalam analisis kajian berdasarkan keperluan pemilikan komputer dan juga jawapan yang lengkap khususnya yang melibatkan pemboleh ubah yang dikaji. Kajian ini hanya melibatkan empat pemboleh ubah iaitu; [1] Penggunaan komputer; [2] Masa komunikasi dengan ibu bapa; dan dua dimensi teori pola komunikasi keluarga, iaitu [3] Orientasi Perbualan; dan [4] Orientasi Keakuran. Penganalisisan data dilaksanakan melalui pendekatan Model Persamaan Struktur (Structure Equation Modeling – SEM) dengan menggunakan perisian Amos (Analysis of Moments Structures) Versi 16.0, dengan set data disimpan dalam fail format SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan komputer tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan masa komunikasi dengan keluarga. Malah setelah diuji pengaruh pengantaraan penggunaan komputer ke atas hubungan orientasi perbualan, dan orientasi keakuran dengan masa komunikasi dengan ibu bapa, juga tidak wujud unsur signifikan dalam hubungan ini. Pengaruh penyederhanaan penggunaan komputer ke atas hubungan orientasi perbualan dan orientasi keakuran ke atas masa komunikasi dengan ibu bapa, juga diuji, dan dapatan kajiannya juga tidak signifikan. Walau bagaimanapun, penggunaan komputer didapati mempunyai perkaitan yang negatif dengan orientasi keakuran. Dapatan kajian telah mengesahkan bahawa penggunaan komputer tidak mempunyai pengaruh ke atas masa komunikasi dalam keluarga, dan daripada perspektif teori pola komunikasi keluarga pula, orientasi keakuran yang menekankan konsep ketaatan dan kehomogenan dalam keluarga berupaya mengawal penggunaan komputer tanpa menjejaskan masa komunikasi dalam keluarga.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2011 35R.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Peasants - Malaysia - Communication
Subject: Communication in families- Malaysia - Computer network resources
Subject: Computer users - Attitudes.
Call Number: FBMK 2011 35
Chairman Supervisor: Jusang b. Bolong, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 16 Jan 2014 06:35
Last Modified: 16 Jan 2014 06:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27215
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item