Citation
Ramli, Halimatun Adawiah
(2011)
Watak abnormal dari aspek psikologi dalam novel remaja.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memenuhi objektif utamanya iaitu menganalisis watak abnormal dari aspek psikologi, membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perwatakan abnormal dan menjelaskan kekerapan watak abnormal dalam novel remaja yang dikaji. Fokus kajian hanya dilakukan terhadap empat teks utamanya iaitu novel remaja Sesejuk Maaf Di Kalbu (2009) oleh Nor Atiqah Ghazali, Igauan Semalam (2009) oleh Hani El Zahra, Cerita Adam (2004) oleh Baharuddin Kahar dan Nama Aku N (2008) oleh Aina Emir. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Pada bahagian analisis terdapat beberapa pembahagian dilakukan berdasarkan aspek psikologi abnormal seperti kecelaruan psikologi, kecelaruan komunikasi, kecelaruan pembelajaran, kecelaruan mental organik, dan kecelaruan tingkah laku distruptif. Dalam kajian ini psikologi abnormal digunakan untuk melihat aspek kejiwaan atau dalaman watak-watak terutama dalam merungkaikan permasalahan watak yang abnormal memandangkan permasalahan yang timbul apabila tiada kajian yang mendalam terhadap watak yang bersifat abnormal ini bahkan fungsi atau motif watak ini juga dianggap tidak penting sama sekali dalam karya sastera. Ada pendapat yang menyatakan karut dan majal sekiranya watak dan perwatakan dalam karya memperlihatkan individualiti yang agak abnormal terutama dari sudut pemikiran dan emosi tokoh yang saling bercanggah. Oleh itu, watak abnormal ini dilihat langsung tidak menyumbangkan kepentingannya dalam karya walaupun merupakan sebahagian daripada inti dalam karya sastera. Justeru, watak abnormal dari aspek psikologi dalam novel remaja pilihan dikaji memandangkan watak yang bersifat abnormal ini juga ada kaitannya dengan masalah kejiwaan yang sesuai digunakan bidang psikologi untuk melihat watak abnormal ini. Hasil kajian mendapati, daripada aspek psikologi abnormal yang diambil melalui ciri-ciri psikologi abnormal yang digunakan dalam kajian iaitu kecelaruan psikologi, kecelaruan komunikasi, kecelaruan mental organik, kecelaruan pembelajaran dan kecelaruan tingkah laku distruptif dapat dikaitkan dengan keempat-empat novel yang dikaji. Hal ini kerana setiap novel dapat mewakili aspek psikologi abnormal yang digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian juga menemukan beberapa faktor yang mempengaruhi perwatakan abnormal antaranya berpunca daripada kegagalan insitusi kekeluargaan, kekurangan kasih sayang, pendidikan, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya. Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya dalam memahami jiwa remaja.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Young adult fiction, Malay - Psychological aspects |
Subject: |
Young adult fiction - Characters |
Subject: |
Young adult fiction, Malaysian - 21st century - History and Criticism |
Call Number: |
FBMK 2011 53 |
Chairman Supervisor: |
Nik Rafidah binti Nik Muhamad Affendi, PhD |
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Depositing User: |
Haridan Mohd Jais
|
Date Deposited: |
26 Jan 2022 05:25 |
Last Modified: |
26 Jan 2022 05:25 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26460 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |