UPM Institutional Repository

Penggunaan kata sendi nama Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar universiti.


Citation

Kechik @ Mohamed Zain, Hajiyah (2010) Penggunaan kata sendi nama Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar universiti. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan kata sendi nama bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia. Selain itu, dalam penyelidikan ini pengkaji turut menyenaraikan kekerapan kesalahan setiap jenis kata sendi nama serta menganalisis punca-punca kekeliruan kata sendi nama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut. Masalah dalam penggunaan kata sendi nama ini sebenarnya telah wujud sejak 30 tahun yang lalu dan sering menjadi tajuk perbincangan kerana sering menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa dan sedikit sebanyak akan menjejaskan dalam penguasaan penggunaan tatabahasa Melayu. Kajian dijalankan ke atas 100 orang pelajar daripada 228 jumlah keseluruhan populasi yang terdiri daripada pelajar Bacelor Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu Sesi 2009/ 2010. Pemilihan sampel diambil secara rawak yang terdiri daripada pelbagai semester (Semester 1- Semester 5). Dalam penyelidikan ini, pengkaji menggunakan Teori Analisis Kesalahan dan Kesilapan untuk menganalisis penggunaan kata sendi nama dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia. Dapatan penyelidikan diperoleh daripada soal selidik dan soalan ujian berkaitan penggunaan kata sendi nama yang dijawab oleh pelajar-pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan kata sendi nama bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia berada pada tahap memuaskan, iaitu dengan pemerolehan peratusan betul bagi soalan bahagian A sebanyak 75.42% (Baik) manakala bahagian B pula sebanyak 92.21% (Amat Baik). Penyelidik merumuskan walaupun penguasaan pelajar-pelajar adalah baik, namun kesalahan masih juga dilakukan oleh pelajar-pelajar untuk penggunaan kata sendi nama yang mudah seperti kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’. Berdasarkan analisis kekerapan kesalahan bagi setiap jenis kata sendi nama pengkaji mendapati pelajarpelajar masih tidak pasti tentang fungsi penggunaan kata sendi nama dengan tepat. Kesalahan ini disebabkan beberapa faktor seperti ketidakpastian aspek yang betul dan salah, kekeliruan, kesalahan ketika membuat tanggapan yang menyebabkan berlakunya kesalahan dalam penggunaan kata sendi nama dengan tepat. Adalah dicadangkan bahawa pelbagai pihak seperti tenaga pengajar, institusi-institusi yang berkaitan,pengguna bahasa dan media harus memainkan peranan mereka untuk meningkatkan penggunaan kata sendi nama yang betul dalam bahasa Melayu. Adalah diharapkan bahawa pelbagai pihak akan memberi perhatian serius untuk mengatasi kelemahankelemahan dalam penggunaan kata sendi nama dalam kalangan pelajar-pelajar untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam penggunaan tatabahasa Melayu.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2010 38R.pdf

Download (518kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Grammar.
Subject: Malay language - Prepositions.
Subject: Grammar, Comparative and general - Prepositions.
Call Number: FBMK 2010 38
Chairman Supervisor: Prof Madya Abdul Rashid Bin Daing Melebek, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 12 Sep 2013 02:16
Last Modified: 12 Sep 2013 02:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26459
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item