UPM Institutional Repository

Ekspresi Emosi Kanak-Kanak Melalui Bahan Bacaan Sastera


Citation

Abdull Sedik, Nurul Azimah (2011) Ekspresi Emosi Kanak-Kanak Melalui Bahan Bacaan Sastera. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Karya sastera khususnya sastera kanak-kanak mengundang emosi di mana pengalaman emosi menjadikan khalayak khususnya kanak-kanak sebagai insan yang peka. Kajian ini akan mengenal pasti jenis-jenis ekspresi emosi kanak-kanak melalui bahan bacaan sastera pelbagai genre. Selain itu, pengkaji turut membincangkan penanda-penanda emosi yang dapat menjelaskan ekspresi emosi kanak-kanak dan juga menganalisis faktor-faktor yang menimbulkan ekspresi emosi kanak-kanak melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak. Data dikumpulkan berdasarkan kaedah lapangan dan juga kaedah kepustakaan serta dianalisis menggunakan statistik peratusan dan juga analisis teks. Seramai 210 orang kanak-kanak dari 7 buah negeri yang mewakili setiap zon di Malaysia dijadikan sampel kajian. Berdasarkan jumlah tersebut dapat dilihat sebanyak 30 orang kanak-kanak mewakili setiap negeri. Kanak-kanak yang terlibat dalam kajian ini adalah kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun dan kajian akan dianalisis berlandaskan teori emosi Arnold-Ellis dan Cannon-Bard. Pengkaji menggunakan pelbagai genre bahan bacaan kanak-kanak antaranya buku cerita bergambar, buku cerita, puisi, drama dan juga teka-teki sebagai bahan kajian. Berdasarkan analisis kajian, bahan bacaan sastera kanak-kanak pelbagai genre berjaya mengungkapkan ekspresi emosi melalui penanda ekspresi emosi kanak-kanak iaitu ekspresi wajah, ekspresi mata, ekspresi vokal dan ekspresi tingkah laku. Faktor-faktor yang melahirkan ekspresi emosi kanak-kanak adalah ilustrasi, warna, watak dan perwatakan, penyampaian, plot, tema dan kulit buku. Justeru, dengan adanya elemen-elemen penting yang digarap dengan baik oleh pengarang, maka kanak-kanak akan mendapat kesan emosi yang maksimum melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak pelbagai genre sehingga menimbulkan pelbagai jenis ekspresi emosi.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2011_26_ir.pdf

Download (704kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Children in literature - Case studies
Subject: Children - Books and reading
Subject: Emotions in children
Call Number: FBMK 2011 26
Chairman Supervisor: Prof. Madya Arba’ie Sujud, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Notes: Prof. Madya Arba’ie Sujud, PhD
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 13 Jan 2014 09:47
Last Modified: 13 Jan 2014 09:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20078
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item