Citation
Hussin, Haziyah and Abu Mansor, Salmah and Omar, Rahilah and Ismail, Hapsah and Hassan, Aminuddin
(2009)
Seni, seni hias, seni reka, reka bentuk dan estetika daripada persepsi umum dan orang Melayu.
Jurnal Pengajian Melayu, 20.
pp. 82-98.
ISSN 1823-7622
Abstract
Seni merujuk kepada reka bentuk dan karya sesuatu kraf atau produk yang dihasilkan oleh seniman yang menyenangkan khalayak. Seniman merupakan individu yang kreatif yang dapat menghasilkan sesuatu karya yang melalui beberapa proses seperti kreativiti dan membuat lakaran. Seni hias pula merupakan seni tampak yang mempunyai kaitan dengan proses reka bentuk satu kraf. Dalam penghasilan seni atau reka bentuk, elemen reka bentuk seperti garisan, warna, bentuk dan tekstur telah digunakan untuk menghasilkan sesuatu reka bentuk kraf. Seni dan seni hias mengikut perspektif orang Melayu merupakan keindahan yang menarik minat, pandangan dan perasaan. Dalam masa yang sama, estetika dan kecantikan kraf mereka selalunya berkait dengan latar belakang budaya mereka.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |