UPM Institutional Repository

Nilai murni dalam wacana teks khutbah Aidiladha dari tahun 2015 hingga 2019


Citation

Azman, Aifa Izzati (2020) Nilai murni dalam wacana teks khutbah Aidiladha dari tahun 2015 hingga 2019. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Teks khutbah adalah salah satu sarana yang digunakan umat Islam bertujuan mengajak masyarakat berbuat baik dan mencegah kemungkaran. Khutbah adalah senjata yang dapat menguatkan benteng akidah umat Islam kerana di dalamnya terkandung pelbagai mesej dan intipati yang berguna untuk pemantapan akidah umat Islam. Khutbah juga memainkan peranan yang penting sebagai media yang berpengaruh dalam menyampaikan penerangan, menegakkan fahaman dan menyebarkan pengaruh Islam dalam mencorak kehidupan masyarakat Islam yang murni dengan menyemai nilai kemanusiaan, persaudaraan, insaniah bagi membentuk dan mentajdidkan minda masyarakat Islam pada hari ini. Dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti nilai dalam wacana teks khutbah Aidiladha pada tahun 2015 hingga 2019. Seterusnya, kajian turut menganalisis andaian masyarakat terhadap nilai dalam wacana teks khutbah Aidiladha melalui kaedah temu bual untuk melihat sejauh mana nilai dalam teks khutbah Aidiladha dapat dijadikan iktibar dan rujukan masyarakat. Kedua-dua objektif ini menggunakan metodologi kajian jenis kaedah kualitatif, iaitu menganalisis teks khutbah Aidiladha tersebut dengan mengaplikasikan teori analisis wacana. Kajian telah memilih sampel kajian yang terdiri daripada 15 orang responden beragama Islam yang dipilih secara bertujuan. Kajian menggunakan sepenuhnya teks khutbah Aidiladha dengan membataskan kepada tahun 2015 hingga 2019 sahaja melalui portal Jakim. Teks khutbah Aidiladha dijadikan bahan kajian kerana teks khutbah Aidiladha lebih tinggi dari segi pembacaannya oleh masyarakat. Tuntasnya, dapatan kajian membuktikan bahawa wacana teks khutbah Aidiladha banyak menunjukkan nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan yang terdapat daripada peristiwa bersejarah dan keputusan bagi objektif kedua juga menunjukkan keberkesanan dalam diri masyarakat terhadap nilai di dalam teks yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan mereka. Sekali gus, kajian ini diharapkan dapat dijadikan pedoman pada masa akan datang.


Download File

[img] Text
124293.pdf

Download (1MB)
Official URL or Download Paper: https://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18771

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Values - Religious aspects - Islam
Subject: Islamic sermons
Call Number: FBMK 2020 71
Chairman Supervisor: Normaliza binti Abd Rahim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Islamic sermons; Aidiladha; Discourse analysis; Values; Family values; Community values; Faith strengthening; Moral guidance; Societal impact; Qualitative research
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 09 Apr 2026 05:50
Last Modified: 09 Apr 2026 05:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/124293
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item