UPM Institutional Repository

Inovasi imbuhan meN...i dan meN...kan murid SJKT dalam pembelajaran abad ke-21


Citation

Aminul Razin, Amirra Shazreena (2023) Inovasi imbuhan meN...i dan meN...kan murid SJKT dalam pembelajaran abad ke-21. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap penguasaan imbuhan apitan meN...i dan imbuhan apitan meN...kan dalam kalangan murid SJKT. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kesilapan imbuhan murid dalam imbuhan apitan meN...i dan imbuhan apitan meN...kan, membina permainan inovasi pembelajaran imbuhan abad ke-21 dan menguji keberkesanan permainan inovasi imbuhan yang didirikan. Kajian ini bersandarkan Teori Analisis kesilapan Corder (1973), Teori Motivasi Robert C. Gardner (2005), Pendekatan Penyelidikan Rekabentuk Pembangunan (DDR) Richey dan Klien (2007) dan Model QAIT Slavin (1994). Penyelidikan ini menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan pengujian. Sampel kajian dipilih secara rawak yang melibatkan 109 orang murid tahun 6 daripada SJKT Ladang Highlands Selangor. Data mentah kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif menggunakan SPSS versi 25.0. Dapatan kajian objektif 1 dalam kesilapan imbuhan apitan meN...i yang paling tinggi ialah kesilapan pemilihan unsur yang tidak tepat iaitu sebanyak 64.8%, manakala dalam imbuhan apitan meN...kan sebanyak 47.9% iaitu kesilapan pengguguran unsur yang yang perlu. Selain itu, dapatan yang ditunjukkan dalam objektif 2, analisis keperluan dalam faktor motivasi murid mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam motivasi intrinsik murid ialah mereka gemar belajar bahasa Melayu dalam kumpulan dengan nilai peratusan 92.7% murid sangat setuju, manakala motivasi ekstrinsik pula menunjukkan murid berasa semangat jika guru memberikan ganjaran atau hadiah kepada mereka dengan nilai peratusan sebanyak 94.5% sangat setuju. Analisis keperluan dalam persepsi guru dalam permainan Inovasi Imbuhan menunjukkan persepsi yang positif sebanyak 93.3% sangat setuju dan 6.7% setuju. Fasa reka bentuk dan pembangunan melalui Kaedah Fuzzy Deplhi Permainan Inovasi Imbuhan telah diterima dan mendapat konsesus pakar sepenuhnya dalam item dan konstruk yang telah ditetapkan dengan nilai threshold d yang kurang daripada 0.2, peratus persetujuan pakar melebihi 75% manakala deffuzication (alpha-cut) telah melebihi 0.5. Fasa penilaian melalui maklum balas murid menunjukkan maklum balas yang positif dalam permainan Inovasi Imbuhan yang dijalankan dengan peratusan melebihi 50%. Fasa penilaian dalam temu bual guru juga mendapat maklum balas yang positif daripada guru-guru dan mereka menyokong permainan Inovasi Imbuhan diteruskan kerana dapat menarik minat murid dalam mempelajari bahasa Melayu. Objektif 3 dalam kajian ini juga menunjukkan terdapat perubahan yang signifikan dalam min dan sisihan piawaian setelah permainan inovasi imbuhan dijalankan dalam ujian pasca imbuhan apitan meN...i dan meN...kan. Cadangan dan saranan kepada KPM dan guru-guru untuk meningkatkan penguasaan imbuhan apitan murid dalam bahasa Melayu juga disisipkan dalam kajian ini.


Download File

[img] Text
123998.pdf

Download (4MB)
Official URL or Download Paper: https://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18748

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Verb formation
Subject: Malay language - Study and teaching (Primary)
Subject: Grammar, Comparative and general - Affixes
Call Number: FBMK 2023 14
Chairman Supervisor: Profesor Dr. Vijayaletchumy Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Malay language; National Type Tamil Primary School (SJKT); Teaching learning, affixes; innovation
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 06 Apr 2026 02:18
Last Modified: 06 Apr 2026 02:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123998
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item