Citation
Nagaraju, Pavitira
(2024)
Pembangunan Konsep MI dalam penentuan golongan kata Bahasa Melayu dalam kalangan murid SJK (T).
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Murid SJK(T) amat lemah terutama dalam aspek penentuan golongan kata. Oleh sebab
itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan Konsep MI yang boleh dijadikan
sebagai panduan semasa menentukan golongan kata sesuatu perkataan. Kajian ini
menggariskan tiga objektif utama, iaitu mengenal pasti keperluan pembangunan
Konsep MI yang menetapkan kriteria penentuan golongan kata untuk murid SJK(T),
membangunkan Konsep MI berdasarkan Pendekatan DDR, dan menguji
kebolehgunaan Konsep MI semasa penentuan golongan kata. Pengkaji telah
menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR)
Richey & Klein (2007) yang dilaksanakan dalam tiga fasa, iaitu (1) fasa analisis
keperluan, (2) fasa reka bentuk dan pembangunan serta (3) fasa penilaian
kebolehgunaan. Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan murid Tahun 6 yang
dikategorikan sebagai cemerlang di enam buah sekolah yang terpilih di daerah Kuala
Selangor. Kaedah kajian merangkumi kaedah pengujian, pemerhatian, kaji selidik, dan
temu bual dengan menggunakan ujian bertulis golongan kata, nota lapangan, borang
soal selidik, dan set soalan temu bual sebagai alat kajian untuk mengumpulkan data.
Dapatan kajian membuktikan bahawa murid melakukan empat jenis kesalahan yang
diketengahkan dalam Teori Analisis Kesalahan Bahasa Corder (1973) dan penemuan
kesalahan baharu, iaitu pengabaian unsur yang perlu. Sehubungan dengan itu, Konsep
MI yang menitikberatkan kriteria maksud perkataan dan imbuhan dengan elemen
Lampu Isyarat Golongan Kata, Orang Adjektif, Model Piramid NAsKp, dan
Permainan Cam Kata telah dibangunkan. Hasil kesepakatan pakar melalui kaedah
Fuzzy Delphi membuktikan bahawa semua item yang diketengahkan telah mencapai
syarat yang telah ditetapkan. Penilaian kebolehgunaan Konsep MI berdasarkan kuasi
eksperimen yang menggunakan analisis ujian T sampel berpasangan mendapati
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan kumpulan rawatan
berbanding dengan kumpulan kawalan. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
kebolehgunaan Konsep MI sebagai panduan penentuan golongan kata membawa
impak positif dalam pembelajaran murid. Hasil dapatan kajian ini membolehkan
tenaga pengajar mengaplikasikan strategi pengajaran baharu untuk meningkatkan
kemahiran penentuan golongan kata murid SJK(T).
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
| Subject: |
Malay language - Grammar - Study and teaching (Primary) |
| Subject: |
Parts of speech (Grammar) |
| Subject: |
Education, Primary - Malaysia |
| Call Number: |
FBMK 2024 25 |
| Chairman Supervisor: |
Vijayaletchumy A/P Subramaniam, PhD |
| Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
| Keywords: |
golongan kata, Konsep MI, murid SJK(T), PAK21, pembelajaran
berpusatkan murid, pendekatan didik hibur |
| Depositing User: |
Ms. Rohana Alias
|
| Date Deposited: |
09 Mar 2026 07:16 |
| Last Modified: |
09 Mar 2026 07:16 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123288 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |