UPM Institutional Repository

Penggunaan imbuhan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun tiga di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia


Citation

Burhan Murshidi, Baharon (2024) Penggunaan imbuhan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun tiga di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Murid cenderung untuk menggunakan kata akar dan tidak mengetahui jenis imbuhan yang tepat. Justeru, kajian ini memfokuskan penggunaan imbuhan kata nama dan kata kerja bahasa Melayu (BM) dalam kalangan murid tahun tiga di daerah Seri Kembangan. Terdapat empat objektif iaitu menganalisis jenis imbuhan kata nama dan kata kerja BM yang digunakan oleh murid tahun tiga. Objektif kedua, mengenal pasti kesalahan jenis imbuhan kata nama dan kata kerja BM yang digunakan oleh murid tahun tiga. Objektif ketiga, meneroka faktor yang mempengaruhi kesalahan jenis imbuhan kata nama dan kata kerja BM yang digunakan oleh murid tahun tiga. Objektif keempat, meneroka faktor yang mempengaruhi kesalahan jenis imbuhan kata nama dan kata kerja berdasarkan perspektif guru BM tahun tiga. Kepentingan kajian ini adalah untuk memberi gambaran peranan guru, ibu bapa, dan masyarakat untuk memainkan peranan bagi memantapkan penguasaan imbuhan murid tahun tiga. Kajian ini menggunakan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973 dan 1981) dan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1983). Reka bentuk penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu teknik pengumpulan data melalui kaedah temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen yang dihuraikan secara deskriptif terhadap 30 orang peserta kajian di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik, ujian pemahaman penggunaan imbuhan, temu bual separa berstruktur, pemerhatian tidak turut serta, karangan tahun tiga, dan teks bacaan dalam buku teks dan buku aktiviti BM Tahun 3. 30 orang peserta kajian dari SK Sri Serdang, yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 16 orang murid perempuan digunakan untuk mengisi borang soal selidik dan menjawab ujian pemahaman penggunaan imbuhan bagi menjawab objektif pertama dan objektif kedua. Teks bacaan digunakan untuk menjawab objektif pertama dan objektif kedua. Pengkaji menggunakan kaedah analisis dokumen berdasarkan karangan bagi menjawab objektif pertama dan objektif kedua. Pengkaji menemu bual empat orang murid tahun tiga bagi menjawab objektif ketiga. Pengkaji menemu bual empat orang guru BM tahun tiga bagi menjawab objektif keempat. Pemerhatian tidak turut serta digunakan untuk menjawab keempat-empat objektif. Semua imbuhan yang dimasukkan dalam borang soal selidik dan ujian pemahaman penggunaan imbuhan ialah imbuhan yang terdapat dalam buku teks BM tahap 1 SK dan dikategorikan mengikut Tatabahasa Dewan. Dapatan kajian ini menunjukkan murid tahun tiga dapat menguasai imbuhan kata kerja berbanding imbuhan kata nama. Selain itu, mereka lebih mudah mengusai imbuhan akhiran berbanding imbuhan awalan dan apitan. Walau bagaimanapun, mereka sukar menguasai imbuhan awalan kata nama berbanding imbuhan akhiran kata nama. Cadangan penyelidikan akan datang adalah penggunaan imbuhan selain imbuhan kata nama dan imbuhan kata kerja. Kebaharuan kajian ialah murid tidak dapat membezakan maksud kata terbitan dalam ayat bagi perkataan ‘kecurian’ dengan ‘pencurian’. Murid juga gagal mengenal pasti kata dasar dalam perkataan berimbuhan bagi ‘dipelajari’. Murid perlulah didedahkan dengan penggunaan ayat aktif dan pasif supaya dapat membezakan maksud ‘mempersembahkan’ dengan ‘dipersembahkan’. Murid hendaklah didedahkan tentang konsep penggantian iaitu s menjadi ny, f menjadi m, p menjadi m, t menjadi n, dan k menjadi ng. Murid melakukan kesalahan ejaan ‘disana’ kerana tidak dapat membezakan kata sendi nama ‘di’ dengan imbuhan awalan ‘di’.


Download File

[img] Text
123135.pdf

Download (9MB)
Official URL or Download Paper: https://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18699

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Morphology.
Subject: Malay language - Study and teaching (Primary) - Malaysia
Subject: Language acquisition - Malaysia
Call Number: FBMK 2024 6
Chairman Supervisor: Sharil Nizam Sha’ri, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Malay language affixes; Noun affixes; Verb affixes; Third-grade students; Seri Kembangan; Selangor; Error analysis; Multiple intelligences; Qualitative research; Language acquisition
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 17 Mar 2026 07:04
Last Modified: 17 Mar 2026 07:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/123135
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item