Citation
Musa, Nor Anisa
(2023)
Keterlibatan dan daya tahan sebagai mediator dalam hubungan antara kecerdasan emosi dengan sahsiah murid sekolah menengah yang mengikuti program Sumur di Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Keterlibatan, daya tahan dan kecerdasan emosi berperanan penting dalam meningkatkan
sahsiah murid berikutan kebimbangan tahap sahsiah murid pada masa kini. Isu yang
sering berlegar dalam kalangan murid sekolah menengah adalah berkaitan kerapuhan
sahsiah, ledakan emosi, lemah daya tahan dan keterlibatan dalam gejala sosial. Namun,
masih kurang bukti empirik tentang pengaruh kecerdasan emosi terhadap sahsiah serta
kesan mediator keterlibatan dan daya tahan antara keduanya dalam satu model
bersepadu. Sehubungan dengan itu, Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) yang
merupakan program berskala besar Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan satu
medium yang bersesuaian untuk menilai pembangunan psikologi murid sekolah
menengah. Tujuan kajian dilakukan bagi menentukan hubungan antara kecerdasan
emosi, keterlibatan dan daya tahan dengan sahsiah, menentukan pengaruh kecerdasan
emosi dengan sahsiah dan menentukan kesan mediator keterlibatan dan daya tahan
dengan sahsiah. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti gender sebagai moderator
dalam hubungan antara keterlibatan, daya tahan, kecerdasan emosi dengan sahsiah.
Pendekatan kuantitatif korelasi dan kajian keratan rentas digunakan dalam kajian ini.
Sampel sebanyak 490 orang murid tingkatan 4 yang mengikuti Program SUMUR di
Malaysia yang menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Analisis laluan
struktural dan ujian kesepadanan model persamaan berstruktur turut digunakan dengan
perisian AMOS versi 26.0. Dapatan menunjukkan responden mempunyai tahap sahsiah,
keterlibatan, daya tahan dan kecerdasan emosi yang tinggi, serta menunjukkan
terdapatnya hubungan signifikan yang positif antara keterlibatan, daya tahan dan
kecerdasan emosi dengan sahsiah dalam pengujian korelasi Pearson. Hasil pengujian
model persamaan berstruktur mendapati wujudnya pengaruh signifikan kecerdasan
emosi terhadap sahsiah murid. Keputusan menunjukkan, keterlibatan dan daya tahan
bertindak sebagai mediator secara tidak langsung dalam hubungan kecerdasan emosi
dengan sahsiah murid dan gender berperanan sebagai moderator penuh dalam hubungan
kecerdasan emosi dengan sahsiah murid. Dapatan kajian juga menunjukkan gender berperanan sebagai moderator separa dalam hubungan antara keterlibatan dan kesan
daya tahan dengan sahsiah murid. Secara keseluruhan, model persamaan berstruktur
menunjukkan kesepadanan yang baik iaitu kecerdasan emosi, daya tahan dan
keterlibatan menyumbang sebanyak 58 peratus, kecerdasan emosi sebanyak 15 peratus
dan daya tahan sebanyak 21 peratus. Kesimpulannya, implikasi faktor kecerdasan emosi,
keterlibatan dan daya tahan terbukti perlu ditekankan terutamanya, polisi pengamal dan
perancang dasar pendidikan perlu memastikan sahsiah murid menjadi asas penting untuk
memperkembangkan potensi jasmani, emosi, rohani dan intektual murid sebagaimana
tumpuan Falsafah Pendidikan Negara.
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
| Subject: |
Psychology |
| Subject: |
Education |
| Subject: |
Sociology |
| Call Number: |
FPP 2024 18 |
| Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Nor Aniza Ahmad, PhD |
| Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
| Keywords: |
Emotional Intelligence; Resilience; Engagement; Personality; Secondary School Students; Malaysia; SUMUR Program; Mediator; Moderator; Structural Equation Modeling |
| Depositing User: |
MS. HADIZAH NORDIN
|
| Date Deposited: |
20 Jan 2026 06:45 |
| Last Modified: |
20 Jan 2026 06:45 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/122509 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |