Citation
Ismawi, Nurkhuzaizah
(2024)
Amalan pentaksiran formatif dalam talian oleh guru sekolah kebangsaan di daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Amalan Pentaksiran formatif dalam talian merupakan pentaksiran yang berterusan oleh guru yang menggunakan pelbagai bentuk alat dan aplikasi untuk menaksir murid. Amalan pentaksiran formatif dalam talian juga membolehkan guru mengatur strategi pengajaran bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya walaupun dilaksanakan secara dalam talian. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian lepas, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dalam amalan pentaksiran formatif yang dijalankan secara dalam talian terutamanya dari aspek kemahiran digital, pengetahuan pentaksiran dan efikasi kendiri teknologi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah mengukur hubungan, pengaruh langsung dan tidak langsung tiga pemboleh ubah iaitu kemahiran digital, pengetahuan pentaksiran dan efikasi kendiri teknologi (mediator) terhadap amalan pentaksiran formatif dalam talian. Sorotan kajian menunjukkan hubungan dan pengaruh kemahiran digital dan pengetahuan pentaksiran serta efikasi kendiri teknologi sebagai mediator terhadap amalan pentaksiran formatif dalam talian. Kajian ini menggabungkan elemen dari Teori Kurikulum Tyler, Teori Pentaksiran dan Model Penerimaan Teknologi bagi mendasari amalan pentaksiran formatif dalam talian. Kekuatan hubungan antara pemboleh ubah kajian diukur menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) manakala pengaruh langsung dan tidak langsung diukur menggunakan analisis Model Persamaan Struktur (Structural Equation Modelling atau SEM). Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dengan melibatkan seramai 296 guru sekolah kebangsaan di Seremban. Dapatan kajian diperoleh dari borang soal selidik yang di edar melalui Google Form. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua pemboleh ubah tidak bersandar mempunyai hubungan dan berkorelasi positif dengan pemboleh ubah bersandar. Hasil analisis hipotesis yang melibatkan pengaruh langsung pemboleh ubah tidak bersandar terhadap pemboleh ubah bersandar adalah diterima dan signifikan iaitu, a) kemahiran digital memberi pengaruh langsung terhadap amalan pentaksiran formatif dalam talian, b) pengetahuan pentaksiran memberi pengaruh langsung terhadap amalan pentaksiran formatif dalam talian dan c) efikasi kendiri teknologi memberi pengaruh langsung terhadap amalan pentaksiran formatif dalam talian. Analisis bagi hipotesis pengaruh kemahiran digital dan pengetahuan pentaksiran terhadap mediator (efikasi kendiri teknologi) juga diterima dan signifikan. Seterusnya, analisis pengaruh tidak langsung juga mendapati bahawa wujudnya kesan mediator dalam kajian iaitu efikasi kendiri teknologi adalah mediator separa bagi kemahiran digital dan pengetahuan pentaksiran terhadap amalan pentaksiran formatif dalam talian. Akhir sekali, kajian mendapati bahawa pengetahuan pentaksiran adalah pengaruh dominan amalan pentaksiran formatif dalam talian guru sekolah kebangsaan di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa amalan pentaksiran formatif dalam talian adalah penting kepada guru bagi memastikan pelaksanaannya berkesan dengan menitikberatkan kemahiran digital, pengetahuan pentaksiran dan efikasi kendiri teknologi. Oleh itu, tiga pengaruh ini harus kukuh dalam kalangan guru supaya selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melestarikan penggunaan teknologi digital dalam pendidikan.
Download File
Additional Metadata
| Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
| Subject: |
Formative assessment - Computer-assisted instruction |
| Subject: |
Teacher efficacy - Computer-assisted instruction |
| Subject: |
Digital literacy - Study and teaching |
| Call Number: |
FPP 2024 7 |
| Chairman Supervisor: |
Fazilah binti Razali, PhD |
| Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
| Keywords: |
Online formative assessment practices; Primary school teachers; Seremban district; Negeri Sembilan, Malaysia; Digital skills; Assessment knowledge; Technology self-efficacy; Structural Equation Modelling; Quantitative research; Ministry of Education Malaysia |
| Depositing User: |
MS. HADIZAH NORDIN
|
| Date Deposited: |
19 Jan 2026 07:31 |
| Last Modified: |
19 Jan 2026 07:31 |
| URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/122454 |
| Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |