UPM Institutional Repository

Persepsi mahasiswa UPM terhadap pembelajaran kursus mata pelajaran umum menggunakan pendekatan micro-credential


Citation

Mohd. Yusoff, Ahmad Nasir and Farnana, Tark D. and Hasan, Intan H. and Sali, Aduwati (2024) Persepsi mahasiswa UPM terhadap pembelajaran kursus mata pelajaran umum menggunakan pendekatan micro-credential. In: Seminar Antarabangsa Penghayatan Malaysia Madani 2024 (SAMMA 2024), 11-12 Sep. 2024, Universiti Putra Malaysia, Serdang. (pp. 115-118).

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) kohot pertama semester 3 sesi 2023/2024 dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang mengambil Kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) seperti Falsafah dan Isu Semasa, Penghayatan Etika dan Peradaban, serta Kenegaraan, menggunakan pendekatan ‘Micro- Credential.’ Pembelajaran tradisional sering menghadapi cabaran dalam memenuhi keperluan pendidikan moden, terutamanya dalam konteks pembelajaran yang lebih fleksibel dan berfokuskan kemahiran. Oleh itu, pendekatan 'Micro-Credential' diperkenalkan sebagai satu usaha untuk menambah nilai kepada pendidikan tinggi. Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi mahasiswa terhadap keberkesanan pendekatan ini, faktor yang mempengaruhi penerimaan, serta cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Seramai 78 responden kajian diperolehi, melibatkan sampel pelajar kohot pertama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang mengambil kursus MPU dengan pendekatan 'Micro-Credential,' serta pensyarah yang mengajar kursus tersebut dan pembangun platform Micro-Credential. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi bagi mengenal pasti tahap persepsi, penerimaan, dan pandangan terhadap keberkesanan pendekatan ini dari sudut pelajar, pensyarah, serta pembangun kursus.Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar dan pensyarah mempunyai pandangan positif terhadap 'MicroCredential' dari segi fleksibiliti, aksesibiliti, dan keupayaan untuk mengembangkan kemahiran spesifik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang dikenal pasti seperti kekurangan panduan yang jelas, sokongan teknikal yang terhad, dan cabaran dalam interaksi antara pelajar dan pensyarah. Perbincangan hasil kajian ini mendapati bahawa walaupun pelajar dan pensyarah mengakui kelebihan pendekatan ini, beberapa kekangan perlu diatasi untuk memastikan pelaksanaan yang lebih berkesan. Cadangan untuk menambah baik sokongan teknikal dan penyediaan bahan pembelajaran yang lebih terstruktur diutarakan bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran pensyarah. Secara keseluruhannya, pendekatan ‘MicroCredential’ berpotensi untuk memperkasakan pelajar dan pensyarah dalam mengakses pembelajaran yang lebih fleksibel dan relevan dengan keperluan industri. Kajian ini mencadangkan agar pihak universiti mempertimbangkan penambahbaikan dari segi infrastruktur, bimbingan, dan sokongan teknikal bagi memastikan keberkesanan pendekatan ini dalam Kursus Mata Pelajaran Umum. Penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam kajian ini, termasuk mahasiswa kohot pertama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, pensyarah, dan pembangun kursus yang telah memberi kerjasama dalam menjawab soal selidik serta memberikan panduan dalam pelaksanaan kajian.


Download File

[img] Text
120521.pdf - Published Version

Download (81kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya
Keywords: Perception; Students; Course; General Subject; Micro-Credential
Depositing User: Mr. Mohamad Syahrul Nizam Md Ishak
Date Deposited: 29 Oct 2025 07:11
Last Modified: 29 Oct 2025 07:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/120521
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item