Citation
Wan Jaafar, Wan Nazira and Mohamed Mokhtar, Marzni and Hassan @ Zulkifli, Muhammad Zarif
(2024)
Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi menerusi teknik penjanaan idea pengajaran mengarang dalam kalangan guru bahasa melayu tingkatan empat di daerah Gombak.
In: International Graduate Research in Education Seminar 2024 (i-GREduc 2024), 23 Nov. 2024, Universiti Putra Malaysia, Serdang. (pp. 324-330).
(Submitted)
Abstract
Pengajaran mengarang karangan menuntut guru supaya membiasakan amalan pengajaran dan mengaplikasikan teknik penjanaan idea Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pengkaji mendapati bahawa guru-guru kerap menggunakan aras penjanaan idea yang rendah sahaja semasa pengajaran mengarang karangan dan membiasakan murid menjana idea pemikiran rendah dalam pembelajaran. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka proses pengaplikasian teknik penjanaan idea KBAT terhadap pengajaran mengarang dalam kalangan guru Bahasa Melayu Tingkatan Empat di daerah Gombak. Hal ini demikian kerana teknik penjanaan idea KBAT penting bagi merangsang murid untuk berfikir dalam menganalisis sesuatu topik atau maklumat khususnya dalam proses mengarang karangan. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif iaitu seramai dua orang peserta kajian yang dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Teknik pengumpulan data daripada kedua-dua orang guru ini akan dilaksanakan dengan menggunakan teknik temu bual secara mendalam, teknik pemerhatian dan penganalisisan dokumen. Bagi mencapai objektif dalam kajian ini, terdapat dua soalan kajian yang akan ditangani oleh pengkaji dalam kajian ini berdasarkan objektif iaitu (i) Apakah pemahaman guru tentang pengaplikasian teknik penjanaan idea KBAT terhadap pengajaran mengarang karangan deksriptif dalam kalangan guru tingkatan empat di daerah Gombak? (ii) Bagaimanakah pelaksanaan tatacara pengaplikasian teknik penjanaan idea KBAT terhadap pengajaran mengarang karangan dalam kalangan guru tingkatan empat di daerah Gombak? Bagi menjawab kedua-dua soalan kajian ini, pengkaji akan menganalisis data secara manual bagi data hasil temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Conference or Workshop Item
(Paper)
|
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Publisher: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia |
Keywords: |
Application; Higher order thinking skills; Idea generation techniques; Composition teaching; Malay language teachers; Gombak district |
Depositing User: |
Mr. Mohamad Syahrul Nizam Md Ishak
|
Date Deposited: |
06 Aug 2025 05:56 |
Last Modified: |
06 Aug 2025 05:56 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118805 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
 |
View Item |