UPM Institutional Repository

Falsafah Program Pembangunan Insan: Anutan Di Beberapa Buah Agensi Di Malaysia


Citation

Abd. Rahman, Jaafar (1996) Falsafah Program Pembangunan Insan: Anutan Di Beberapa Buah Agensi Di Malaysia. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memahami falsafah program pembangunan insan (PPI) yang dianuti oleh beberapa agensi terpilih di Malaysia.Secara khusus kajian ini bertujuan untuk memahami konsep-konsep utama falsafah PPI yang dianuti oleh agensi-agensi terpilih. Kajian ini juga bertujuan untuk memahami perbezaan dan persamaan konsep-konsep utama yang dianuti, memahami sejauhmana konsep-konsep tersebut dipraktikkan, mengenalpasti falsafah dan konsep-konsep yang dapat melahirkan insan yang dapat berfungsi bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat serta melihat sejauhmana falsafah PPI yang dianuti itu sejajar dengan falsafah PPI sepadu. Kajian ini dijalankan ke atas empat buah agensi terdiri daripada dua buah agensi kerajaan dan dua buah agensi perunding latihan swasta. Kaedah penyelidikan adalah secara kualitatif kajian kes . Metod semi-structured interview digunakan bagi pengumpulan data. Seramai lapan orang informan telah ditemubual berasaskan kepada criterion-base sampling menggunakan panduan temubual dan pita rakaman mikro . Kajian ini mendapati terdapat sebanyak sembilan konsep-konsep utama yang didapati dalam literatur telah dianuti dikalangan agensi-agensi yang terpilih.Konsep-konsep tersebut adalah, 1) konsep manusia,2 ) konsep bekerja dan beramal,3 ) konsep pembangunan insan, 4) konsep sepadu, 5) konsep ilmu, 6) konsep kerjasama, 7) konsep kehidupan, 8) konsep pertanggungjawaban dan 9) konsep cemerlang.


Download File

[img] PDF
FPP_L_1996_8_A.pdf

Download (941kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Moral development - Malaysia - Case studies
Call Number: FPP/L 1996 8
Chairman Supervisor: Profesor Madya Dr. Hj . Azimi Hamzah
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 18 Jul 2011 08:10
Last Modified: 02 Aug 2011 07:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11150
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item