Citation
Abd. Rahman, Jaafar
(1996)
Falsafah Program Pembangunan Insan: Anutan Di Beberapa Buah Agensi Di Malaysia.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memahami falsafah program
pembangunan insan (PPI) yang dianuti oleh beberapa agensi terpilih di Malaysia.Secara khusus kajian ini bertujuan untuk memahami konsep-konsep utama
falsafah PPI yang dianuti oleh agensi-agensi terpilih. Kajian ini juga bertujuan
untuk memahami perbezaan dan persamaan konsep-konsep utama yang dianuti,
memahami sejauhmana konsep-konsep tersebut dipraktikkan, mengenalpasti
falsafah dan konsep-konsep yang dapat melahirkan insan yang dapat berfungsi
bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat serta melihat sejauhmana falsafah
PPI yang dianuti itu sejajar dengan falsafah PPI sepadu.
Kajian ini dijalankan ke atas empat buah agensi terdiri daripada dua buah
agensi kerajaan dan dua buah agensi perunding latihan swasta. Kaedah
penyelidikan adalah secara kualitatif kajian kes . Metod semi-structured
interview digunakan bagi pengumpulan data. Seramai lapan orang informan
telah ditemubual berasaskan kepada criterion-base sampling menggunakan
panduan temubual dan pita rakaman mikro .
Kajian ini mendapati terdapat sebanyak sembilan konsep-konsep utama
yang didapati dalam literatur telah dianuti dikalangan agensi-agensi yang
terpilih.Konsep-konsep tersebut adalah, 1) konsep manusia,2 ) konsep bekerja
dan beramal,3 ) konsep pembangunan insan, 4) konsep sepadu, 5) konsep ilmu,
6) konsep kerjasama, 7) konsep kehidupan, 8) konsep pertanggungjawaban dan
9) konsep cemerlang.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |