UPM Institutional Repository

Meneroka iklim sekolah dalam pembentukan akhlak atlet pelajar di sebuah sekolah sukan di Johor, Malaysia


Citation

Rahman, Siti Hajar (2022) Meneroka iklim sekolah dalam pembentukan akhlak atlet pelajar di sebuah sekolah sukan di Johor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Teori pembelajaran sosial menekankan bahawa perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran. Persekitaran sosial yang merujuk kepada iklim sekolah merupakan salah satu faktor yang boleh menjadi penyumbang kepada perkembangan moral dan disiplin pelajar. Isu kebejatan akhlak dalam kalangan remaja bukanlah satu isu yang asing pada hari ini, atlet pelajar dalam konteks kajian ini berusia dalam lingkungan 13-17 tahun, maka mereka juga mempunyai potensi untuk terlibat dengan masalah kebejatan akhlak. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dilakukan untuk meneroka iklim sekolah dan pengaruhnya dalam pembentukan akhlak positif kepada pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka iklim sekolah menerusi dua persoalan utama: (1) Bagaimana pelajar menjalani iklim sekolah di Sekolah Sukan Negeri Johor? (2) Apakah pengaruh kepada penghayatan iklim Sekolah Sukan Negeri Johor kepada pembentukan akhlak atlet pelajar? Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah penyelidikan Kualitatif berunsurkan kajian kes. Sejumlah 10 orang informan yang terdiri daripada atlet pelajar, guru dan pengetua telah terlibat dalam kajian ini. Data dikumpulkan menerusi temubual semi struktur mendalam serta triangulasi data disokong melalui pemerhatian turut serta, analisis dokumen serta catatan nota lapangan. Data seterusnya dianalisis, diberikan kod, dikategorikan untuk membentuk sub-tema, seterusnya tema utama dibina untuk menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua tema yang terbentuk dalam penerokaan iklim sekolah iaitu memperkasakan amalan harian dan mengamalkan budaya sihat yang positif. Amalan harian diperkasakan melalui penerapan amalan kerohanian, kecergasan fizikal, menekankan keseimbangan akademik, sukan dan akhlak serta disiplin pelajar. Manakala amalan budaya sihat dan positif pula, diperincikan kepada bimbingan dan panduan, unsur suri teladan, pematuhan peraturan, pementoran, mengambil kira kesediaan pelajar, keluarga sebagai inspirasi dan juga sokongan rakan-rakan. Hasil kajian juga mendapati, terdapat dua tema utama yang terbentuk hasil daripada pengaruh iklim sekolah terhadap atlet pelajar iaitu menjadikan Sekolah Sukan Negeri Johor menjadi sekolah pilihan kerana terdapat elemen memantapkan pembelajaran berunsurkan kerohanian dan juga melahirkan pelajar ideal dengan membentuk akhlak dan atlet pelajar, melahirkan pelajar yang mementingkan kebajikan bersama, pelajar berdikari, pelajar berkepimpinan, membentuk habit yang baik dalam diri pelajar dan seterusnya menghasilkan pelajar yang mempunyai masa hadapan yang cerah. Implikasi daripada kajian ini boleh dijadikan panduan dan dorongan kepada pengetua dan guru supaya dapat membudayakan elemen positif menerusi iklim sekolah berdasarkan prinsip yang berpaksikan kepatuhan kepada tuhan sebagai asas dalam membina persekitaran sekolah yang kondusif dalam pelbagai aspek.


Download File

[img] Text
FPP 2022 44 IR.pdf

Download (853kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Social learning - Study and teaching
Subject: Middle school athletes - Malaysia
Subject: Schools - Climatic factors
Call Number: FPP 2022 44
Chairman Supervisor: Prof. Madya. Norlizah Binti Che Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 10 Oct 2023 23:56
Last Modified: 10 Oct 2023 23:56
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104777
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item