UPM Institutional Repository

Amalan komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri sebagai faktor peramal terhadap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dalam kalangan guru prinsip perakaunan


Citation

Tan, Su Ling (2021) Amalan komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri sebagai faktor peramal terhadap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dalam kalangan guru prinsip perakaunan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Menurut Standard Guru Malaysia, bagi pendidikan abad ke-21, semua guru mesti mempunyai kemahiran berkomunikasi, belajar, berfikir, literasi komputer, pedagogi dan berintegrasi teknologi maklumat. Pengintegrasi teknologi dalam pendidikan membolehkan guru menjalankan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan berkesan dan juga dapat menghubungkaitkan satu proses PdPc guru menjadi lebih aktif dan inovatif berbanding dengan kaedah konvensional. Tetapi terdapat kajian lepas menyatakan guru Prinsip Perakaunan masih suka dengan kaedah pembelajaran berpusat guru. Dalam kajian Noormahanisa dan Norasmah, (2020) menyatakan guru Prinsip Perakaunan masih suka guna kaedah berpusat guru. Ini menyebabkan pelaksanaan pendekatan pengajaran tidak dapat melaksanakannya dengan sistematik. Oleh itu, guru tidak menyatukan komponen teknologi, pedagogi, dan isi kandungan mata pelajaran semasa menjalankan pengajaran dan pemudahcaraan. Selain itu, juga terdapat kajian yang menyatakan guru Prinsip Perakaunan tidak menguasai pedagogi yang sesuai semasa menjalankan PdPc. Dalam kajian Arumugham dan Sarimah (2020), menyata masih terdapat guru Prinsip Perakaunan kurang berkesan dalam menterjemahkan isi kandungan subjek yang diajar semasa menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan. Ini disebabkan oleh pedagogi yang digunakan oleh guru kurang sesuai dengan muridnya.Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan, amalan komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri atas guru Prinsip Perakaunan. Selain itu, kajian ini juga untuk mengkaji hubungan antara amalan komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri dengan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan. Responden kajian terdiri daripada 324 guru Prinsip Perakaunan daripada seluruh Malaysia yang dipilih secara rawak. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik. Hasil dapatan menunjukkan guru Prinsip Perakaunan memiliki tahap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan yang tinggi (min=3.781, sp=.275). Namun didapati guru Prinsip Perakaunan juga mempunyai tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri yang tinggi iaitu min=3.395, sp=.084 dan min=4.964, sp=.472 masing-masing. Hasil analisis kajian juga mendapati terdapat hubungan yang kuat dan signifikan (r=.817 , p <.005) di antara amalan komuniti pembelajaran profesional dengan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan. Pembelajaran aturan kendiri pula menunjukkan hubungan yang lemah dan signifikan (r=.248, p<.005) dengan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru Prinsip Perakaunan. Dapatan hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang sederhana antara ketiga-tiga pemboleh ubah dengan nilai r =0.683, p <0.01. Amalan komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri merupakan faktor peramal terhadap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dengan varian perubahan sebanyak 68.3%. Dalam konteks ini, terdapat 31.70 peratus lagi disumbangkan oleh faktor-faktor lain yang tidak diambil kira dalam kajian ini. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, amalan komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri mampu memberi impak kepada kualiti guru. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah perlu meneruskan amalan ini secara berterusan di kalangan guru. Kerjasama dan sokongan antara pihak Jabatan Pendidikan Negeri dengan sekolah amat diperlukan untuk meningkatkan dan menambahbaikan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru dari semasa ke semasa. Selain itu, pihak sekolah dan guru perlu bekerjasama sepanjang proses PdPc dilaksanakan agar guru sentiasa kompeten di dalam kursus yang dipelajari. Kesimpulannya, amalan komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri merupakan faktor peramal terhadap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru Prinsip Perakaunan di Malaysia.


Download File

[img] Text
FPP 2022 26 IR.pdf

Download (980kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Education - Study and teaching.
Subject: Accounting - Study and teaching
Subject: Teachers - Training of
Call Number: FPP 2022 26
Chairman Supervisor: Suhaida binti Abdul Kadir, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 10 Oct 2023 08:02
Last Modified: 10 Oct 2023 08:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104771
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item