UPM Institutional Repository

Kesan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran reka bentuk dan teknologi terhadap kolaborasi dan rasa ingin tahu murid


Citation

Abang Ibrahim, Dayang Suryati (2021) Kesan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran reka bentuk dan teknologi terhadap kolaborasi dan rasa ingin tahu murid. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang hanya tertumpu kepada hasil produk menyebabkan murid kurang didedahkan kepada kemahiran untuk berkolaborasi dan mencetuskan rasa ingin tahu dalam pembelajarannya. Justeru itu, kajian untuk menentukan kaedah pengajaran RBT dalam menerapkan tahap kolaborasi dan rasa ingin tahu serta kesannya adalah diperlukan. Dua pendekatan pembelajaran digunakan iaitu Pengajaran Tradisional (PT) bagi kumpulan kawalan dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) untuk kumpulan rawatan. Kajian secara kuasi eksperimen dijalankan dengan reka bentuk kumpulan kawalan tidak setara. Dua kumpulan kajian dipilih daripada dua buah sekolah harian yang berbeza yang terdiri daripada 34 orang murid bagi kumpulan kawalan dan 32 orang murid untuk kumpulan rawatan. Ujian pra dijalankan dan diikuti dengan pelaksanaan intervensi selama tujuh minggu. Selepas selesai intervensi, ujian pasca dijalankan oleh kedua-dua kumpulan. Instrumen Collaboration Questionnaire dan 5-Dimensional Curiosity Scale yang telah diubahsuai oleh pengkaji digunakan dalam kedua-dua ujian. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferens. Ujian pra menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap kolaborasi dan rasa ingin tahu bagi kedua-dua kumpulan. Walau bagaimanapun, ujian pasca menunjukkan tahap kolaborasi dan rasa ingin tahu murid bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Justeru itu, dapatan kajian mencadangkan bahawa kolaborasi dan rasa ingin tahu murid dapat diterapkan dalam pengajaran guru melalui kaedah PBP. Hal ini dapat dilakukan melalui perbincangan yang berstruktur dan penyoalan essential daripada perancangan yang eksplisit, aktiviti pembelajaran yang bersesuaian serta bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar yang menyokong kepada pelaksanaan kerja projek murid.


Download File

[img] Text
FPP 2022 8 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Project method in teaching
Subject: Educational technology
Call Number: FPP 2022 8
Chairman Supervisor: Profesor Madya Ts. Abdullah Mat Rashid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 11 Oct 2023 04:24
Last Modified: 11 Oct 2023 04:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104759
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item