UPM Institutional Repository

Amalan federalisme dalam pentadbiran harta pusaka Islam di Malaysia


Citation

Mat Adbullah, Hani Kamariah (2020) Amalan federalisme dalam pentadbiran harta pusaka Islam di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pentadbiran dan pembahagian harta pusaka sememangnya memerlukan satu proses dan prosedur yang teliti bagi mengelak sebarang penyelewengan berlaku ke atas hak perwarisan waris atau benefisiari. Pelbagai institusi pentadbiran dan pembahagian harta pusaka wujud bersama peruntukan undang-undang yang mengiktiraf bidang kuasa di setiap peringkat proses pentadbiran dan pembahagian terutamanya tuntutan harta pusaka melibatkan orang Islam kesan dari ciri bentuk pemerintahan dan pentadbiran federalisme. Permasalahan utama kajian berpunca daripada jumlah harta pusaka tidak dituntut atau harta beku saban tahun meningkat berpunca dari kesadaran dan komitmen waris. Membimbangkan lagi kepelbagaian institusi menjadi penyumbang kepada faktor harta pusaka tidak dituntut kerana kekeliruan di kalangan orang awam. Objektif kajian adalah menjelaskan sistem pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam merujuk amalan federalisme di Malaysia, mengenalpasti bentuk federalisme yang sesuai diamalkan dalam sistem pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia seterusnya mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia. Metodologi kajian berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temubual. Hasil kajian mendapati sistem perundangan menurut ciri federalisme memberi ruang kepada perlaksanaan kerjasama pentadbiran yang perlu dipergiat dan ditambah baik dalam melancarkan pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia.


Download File

[img] Text
HANI KAMARIAH - IR.pdf

Download (855kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Inheritance and succession (Islamic law) - Malaysia
Call Number: IPPH 2022 1
Chairman Supervisor: Prof. Suhaimi bin Ab Rahman, PhD
Divisions: Halal Products Research Institute
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 02 Oct 2023 04:36
Last Modified: 02 Oct 2023 04:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104639
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item